Ringkas Tentang Daerah Klang Yang Perlu Anda Tahu

Masjid bandar DiRaja Klang
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Klang dahulunya dikenali dengan ejaan Kelang merupakan Bandar DiRaja, sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Daerah ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.

Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.

Klang Bandar DiRaja
Google Earth

Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu “Klong”. Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang di kemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang.

Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan “Klang ” itu bermaksud “terusan” atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui dimana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini, dan Sg.Putus itu ialah nama jalan kat kampung aku.

Daerah Klang terdiri dari dua jajahan perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bila Klang di datangi covid-19, ramai yang terkeliru dengan mukim yang ada dekat Klang ni, termasuklah mereka yang dah lama duduk dalam daerah ni termasuk aku. Ada yang duduk alamat Shah Alam, tapi mukim Klang.

Klang mempunyai 2 mukim, iaitu Mukim Kapar dan Mukim Klang.

Mukim Kapar seluas 22,196 hektar, manakala Mukim Klang pula berkeluasan 40,482 hektar. Jadi disini menampakkan Mukim Klang ni lagi luas dari Mukim Kapar.

Mukim daerah Klang

Daerah ini mempunyai 37 buah kampung yang dibahagikan kepada tiga pecahan iaitu Kampung Tradisi 33 buah, Kampung Bagan 3 buah dan sebuah Kampung Baru. Aku berasal dari Kampung Batu Belah.

Untuk kesihatan pula, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memang dah sinonim dengan penduduk Klang selain klinik kesihatan dan juga hospital hospital swasta.

Terdapat 4 parlimen berada di kawasan Klang iaitu Shah Alam (P.108), Kapar (P.109), Klang (P.110) dan Kota Raja (P.111). Tapi aku pun musykil juga ni, daerah Klang tapi ada Parlimen Shah Alam, bukan ke Shah Alam tu dalam daerah Petaling?
Sumber: https://www.selangor.gov.my/klang.php/pages/view/99

Parlimen Klang

 

Bagi DUN pula terdapat 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat di daerah Klang iaitu Kota Anggerik (N.40), Batu Tiga (N.41), Meru (N.42), Sementa (N.43), Selat Kelang (N.44), Bandar Baru Klang (N.45), Pelabuhan Klang (N.46), Pandamaran (N.47), Sentosa (N.48), Sungai Kandis (N.49), Kota Kemuning (N.50).
Sumber: https://www.selangor.gov.my/klang.php/pages/view/657?mid=251

Dun Klang

Untuk pelancongan pula tak kurang menarik juga, banyak tempat tempat menarik di daerah Klang ini boleh anda lawati, antaranya ialah:

Masjid Sultan Suleiman
Masjid Sultan Suleiman : Gambar kredit: https://selangor.travel/

Istana Alam Shah

Tugu Kris (Jalan Tengku Kelana berhampiran bulatan simpang lima)

Masjid Sultan Sulaiman (bersebelahan Istana Negeri)

Stesen Keretapi Klang

Jalan Tengku Kelana (Little India)

Taman Pengkalan Batu (Taman Persisiran Sungai)

Kota Raja Mahadi

Gedung Raja Abdullah(muzium)

Bangunan Sultan Sulaiman

Masjid India Muslim

Tokong Qin Liang

Kuil Sri Sundaraja Perumal

Tokong Kwan Yin

Kelab Kapal Layar Diraja Selangor

Pulau Carey

Pulau Ketam

Kedai Tayar & Sport Rim

dan banyak lagi…….

Boleh dikatakan aku sebagai orang Klang ni pun banyak dari senarai kat atas ni tak pernah sampai lagi. hahaa

Tidak seharusnya dilupakan, umum mengetahui iaitu Klang terkenal dengan sungainya yang kini dalam proses pembersihan, dan tempat membeli belah GM Klang.

Berminat nak melancong di Klang atau Selangor? untuk lebih lanjut lawat laman web ini: https://selangor.travel/ 

Untuk sementara ini manage atau tunda dululah sementara covid 19 ini belum reda. Dah selesai nanti kita rancakkan balik aktiviti melancong ke seluruh negara…!

 

Sekian.

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Baca juga:

Tinggalkan komen ya:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian