Review Proton Persona Baru Setelah 6 Bulan

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Pada hari yang mulia ini iaitu hari sabtu yang nyaman, aku nak me’review’ kereta Persona Baru iaitu kereta keluaran Mercedes milik negara Jerman. Sebab apa pula tiba tiba nak review? ianya bersebab yang munasabah iaitu aku dan ‘wife’ dah pakainya hampir 6 bulan. Dalam 6 bulan ni dah lebih 12 ribu kilometer jarak perjalanan yang ‘Cik Merah Berapi’  ni tempoh.

Pada mulanya wife dia asyik bagi ‘hint’ yang dia nak semacam tukar kereta la, yela mungkin dah tiba masanya kot. Kereta apa tu pada mulanya dia semacam nak menukar ‘Cik Saga Kiambang’ special edition yang dah hampir 7 tahun tu dengan Honda atau Kia. Namun apabila dah di beri pendidikan jasmani dan sedikit pendidikan moral tentang kereta Nasional dia pun bersetuju untuk setiaq dengan Proton. Yelah kan, kita duduk Malaysia, bercerita tentang negara, sayang negara, tapi takkan nak bagi Doraemon Jepun atau K-Pop Korea yang naik nama dan bertambah kaya.

Selepas berbincang dan mengkaji dengan mendalam kereta model apa nak ambil tu, antara terawal nak dan memasuki pusingan kalah mati ialah Preve, Suprima & Persona Baru. Ya persaingan 3 penjuru telah berlaku. Namun berbekalkan pengetahuan dan juga pengalaman bekerja sebagai konsultan dalam Proton tahun 2010 hingga 2012 dulu, keputusan muktamat telah diambil dengan tiada paksaaan dan sebarang emel mengemel tidak akan di’reply’.

Persona Baru menjadi pilihan kami, kenapa? ni nak cerita la ni. Ok antara perkara utama yang menjadi keutamaan kami ialah harga. !st kami nak yang bawah Rm60k. Ya itulah dia. Aspek yang lain memang tak boleh dinafikan tentang Proton ni iaitu safety, handling, NVH yang dah bagus, serta adanya 6 airbag, electrikal stabilizing control ESC,  kamera mengundur atau reverse camera dalam bahasa liverpool, tak kurang juga ianya mempunyai bonet yang besar yang boleh menampung seekor lembu jantan Malaysia separa dewasa. Bukan lembu New Zealand tau..!

Pada waktu itu juga pihak marketing Proton telah memainkan peranannya dengan baik sehinggakan kami tertarik tapi tidak menolak dengan tawaran ini iaitu servis percuma termasuk alat ganti dan upah selama 3 tahun atau 60 ribu KM yang mana datang dulu selain itu proton juga manawarkan warranty 5 tahun tanpa had perbatuan.

Kira punya kira hampir 2-3K jugak penjimatan yang kami dapat ni. Aku pun sebagai  yang mewakili orang yang mahu membeli pun menggunakan networking sedia ada iaitu kawan se’artis’an aku iaitu saudara Hamizun untuk menguruskan pembelian sewa beli ini. Malang sememangnya berbau andai terkentut tanpa rasa bersalahnya telah berlaku, iaitu warna idaman iaitu Brown dah tiada stok, kena tunggu kalau nak warna tu, tapi maybe akan terlepas servis percuma tu.

Kembali bermesyuarat dan akhirnya warna merah red fire telah dipilih sempena warna rasmi pasukan bola sepak lagenda sepanjang zaman iaitu Liverpool. Redfire telah ditempah dan Mr.Hamizun inilah yang membantu berunding dengan segenap bank yang ada diseluruh Malaysia ni. Dia ni pakar dalam jual beli kereta apa pun jenisnya kecuali keretapi dan kereta kebal je..! Akhirnya Public bank telah dipilih kerana memberi tepung tawar ‘interest’ yang menawan hati kami.

Selesai pembelian dan yang diatas tadi hanyalah mukadimah.Tak sampai  sebulan kami memandu kereta redfire ini ke Perlis yang jaraknya tidak kurang 500KM sehala. Oleh itu pergi dan balik plus meronda sana dan sini mencecah 1300Km juga dan kereta perlu dihantar untuk servis kali pertama.  Pusat servis proton Auto Sinaran Seri Kembangan area Equin Park telah di pilih sebab dekat dengan rumah kami.

Prestasi kereta persona ini boleh dikatakan setaraf dengan kereta Jepun, Korea dan eropah. Kenapa aku kata macam ini? baca selanjutnya dibawah dengan teliti dan hati terbuka, kalau jenis haters proton sila abaikan sebab anda tetap akan cari salah power window je sampai kiamat walaupun Proton bagi lifetime warranty power window pun tak tau dan tak boleh nak terima..!

#1st-Dari Segi Handling Atau Pengendalian

Persoan Baru ni rasaanya proton tak guna sistem lotus handling.Mereka guna electrik sistaem dan ditala sendiri handling persona ni, dan senang cakap Proton handling lah. Aku memuji handling ni sebab mengikut kemahuan yang aku memang nak. Makin laju makin berat..! best..ada ciri ciri safety kat situ. (memang electrik sistem macam tu heheh).

Selain tu masa aku mendaki naik Cameron Highland tengah tengah malam dalam jam 12 lebih gitu. Sangat membantu dan terasa bantuan handling ni. Almaklumlah naik dari Tapah, memang stereng tak berhenti kekanan dan kekiri, selekoh tajam langsung tak membuang. Masa balik pun ok je masa nak turun tu, follow Honda Odyessy dan Honda City selamba je cucuk angin..! Odyessy depan aku, city belakang.

#2nd-NVH Yang Memuaskan Hati

Apa pulak NVH ni? ok NVH ni adalah singkatan dari Noise, Vibration, and Harshness. Aku ambil point yang simple je iaitu ketidakbisingan dalam kabin persona sangat ok. Takdalah dengar sangat deruman enjin kereta. Dan bunyi angin kereta sebelah yang laju serta ekzos moto Modenas  kriss tak berapa dengar sangat. Senang kata senyap je dalam ni kalau wife tak banyak cakap hahahaa. (senyap disini bukan maksud langsung takda bunyi macam dalam bekas kedap udara tu).

Dengarnya sebelum ni Proton pakai 4 point mounting enjin, kali ni pada persona mereka guna 3 point sahaja. Tu antara faktor kesenyapannya. Tapi kalau motor superbike guna ekzos akrapovic & moto RXZ pakai ekzos takim memang tipulah kalau tak dengar.

#3rd-Minyak Yang Boleh Dikatakan Ok Sangat..!

Ni berdasarkan pengalaman sendiri dan ke Perlis dan ke Cameron Highland hari tu. Isi full tank tak sampai melimpah dari Bukit Jalil dan berkemampuan mencecah 535Km kalau ikut prediction meter minyak. Bertolak  ke Perlis berhenti 2 kali je dan sampai di Kuala Perlis ada baki lagi dalam 60km dan terus singgah petrol pam untuk tambah petrol.

Dari segi kelajuan pula paling laju aku tekan sampai 160Km/j time wife tengah lena dibuai mimpi apa entah. Ikutkan bole tekan lagi, namun mengenangkan iklan di televisyen tu, ingatkan orang yang tersayang membuatkan aku insaf lalu menurunkan kepada kelajuan 140km/j sahaja. Buat apa nak cepat cepat sebab  takda sebab  pun.

.

Kepada Orang Luar Negara..!

–>Jangan compare Persona dengan Toyota Camry sebab lain segmen.

–>Nak betul betul jimat minyak 100km guna seliter minyak sila jangan beli kereta petrol.

–>Nak bash buatan tempatan (Malaysia) sila tengok IC kau lahir dekat mana.

–>Servis ikut time yang ditetapkan InsyaAllah kereta akan terjaga.

–>Nak suruh Proton tutup kau kena sediakan dulu 20 ribu peluang pekerjaan.

–>Carilah dengan ESC, , Electronic Stability Control (ESC), ABS (with EBD and BA), Isofix child seat anchors and hill hold assist, body HPF (Keluli Tempa Panas) , Asean NCAP 5 STAR yang bawah Rm61K kalau ada..!

 

***Rasanya itu sahajalah review dari aku ni, nak tahu lebih lanjut sila ke Pusat Pameran dan Jualan Proton terdekat

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Tinggalkan komen ya:

40 thoughts on “Review Proton Persona Baru Setelah 6 Bulan”

  1. IC saya Malaysian. Saya memang cinta negaraku. Masalah bukan national car, tapi kalau CEO ialah orang kebolehan sejak dulu, tiada nya menyelidik 4 buah model baru setiap tahun. Menyebabkan kerugian yang amat kecewakan. ( Kalau tiada begitu, subcon mana dapat projek)
    Dengan banyak intenal masalah, menyebabkan orang ramai reject proton. Mengapa orang ramai tiada reject produa? Sila nilaikan sendiri…

    Reply
  2. SY DAH BELI YANG PERSONA STANDARD 2018.. KENAPE PICKUP AGAK KURANG YER MASE NAK START JALAN TUH… KE PREMIUM N STANDARD ADE BEZA?

    Reply
  3. Harap pihak proton improve tentabg kuality pemasangan. Tak dan bayar bulan pertama abs dah bosor. Steering berat untuk pemanduan. Macam pelik hantar 3 pusat servis rata2 cakap tak boleh buat last2 pergi brance yg ada technical support. Awalnya cuma wiring. 3hari tersadai baru cakap abs bocor. Sedangkan tak pernah di usik x pun. Pening dengan masalah proton sekarang. Hope ada improved….

    Reply
    • ya, betul tu Tuan, ada sesetengah pusat servis yang tak berapa nak support hal hal tertentu… kita mmg harap management baru ni bagi harapan baru.. kuality dah betul2 improve nnti, mmg takda alasan lain untuk org tak beli proton sbb value.

      Reply
  4. Kalau tujuan saya cuma driving dalam town area , never highway or long distance. Adakah Persona sesuai atau terlalu besar untuk city driving ? Thanks !

    Reply
    • Kalau tanya pendapat saya, utk driving dalam town area , never highway or long distance… Cik Puan pakai je Proton Saga Baru tu… kualiti pun bagus, enjin ok dan save minyak juga. Ada bonet luas..

      Reply
  5. Salam lebaran.. sy tgh tinjau2 nk cari kereta baharu.. yg ada pun dh hampir 11 tahun saga blm… persona nampak mcm vios dan altis.. tuan rasa jika saya pilih persona mana yg bagus PREMIUM ka standard ka..?

    Reply
  6. Alhamdulillah saya dah guna saga flx..Okey tiada masalah.service on time.dan sekarang saya guna persona baru..Mmg steady atas highway.naik cameron pun jimat.padahal teruk jam.mmg okeg la persona.5 bintang.perodua saya reject awal²..xberpuas hati.harga mmg murah.pandangan dari kaca mata saya.

    Reply
  7. Assalamualaikum…
    Sy pkai gen 2…
    Umur dia dh msuk 13 thun dan dh mcm2 repaire sana sini..
    Cadang nk amik kreta baru…
    Antra preve dgn persona bru ni,leh bg cadangan x mna yg lbih bgus…
    Radanya preve ni dh byk sgt komen x bgus…
    Mcmne plak dgn persona bru ni ek…

    Reply
    • Wslm

      if preve lama mmg ramai yg komen tak bagus, tp x tau la yg dah refinement baru ni…persona baru mmg sedap if jalan jauh…rasa minyknya jimat betu l utk long distance.. utk makluman tuan, Preve & Persona baru ni lain segment …Preve segment C…dan Persona baru ni segment B… segment C besar sikit dari segment B

      Reply
  8. hi tuan, bagaimana dengan dashboard?ada isu bunyi-bunyian yang tidak sedap didengar kah?? nak komen juga sesiapa yang menyanjung tinggi kereta buatan jepunis dan koreanis nih..pengalaman saya sendiri pakai toyo*a baru, ada je masalah2 yg timbul..takdelah langsung tiade masalah..yang terbaru, CVT gearbox punye bearing tensioner loose..symptom dia, bile nk mula begerak..dia ade bunyik grrr.grrrr…tp ketika low rpm je la..bile da laju OK..cuma lega ada 5 years warranty dan unlimited mileage..so masalah kereta ni sukar dijangka dan melangkaui jenama….kena nasib baik,xde masalah langsung..macam h*nda jazz saya..beli baru 2013..5 tahun berjalan dan dilenjan..tiada masalah langsung..bunyik dashboard ngek ngek pon xde..suspension pun mantop lg..cuma sebab nak kan kereta ade bonet..so tepakse la trade in jazz dgn persona..hehehe..harap2 betullah pilihan saya nihhhh….

    Reply
    • hai, masa awal2 sebelum ni ada juga bunyi kt dashboard…tp pergi sc n da fix da… so far dah 2 tahun pakai memang puas hati dari segi keselesaan dan suspension… kekadang ada juga kawan lain yang ada problem.. heheh. ada problem je dorang terus pergi pusat servis.

      Reply

Leave a Comment

Hasli Ayob @ 2021 With Love | Penafian