PERCUMA-Kad Peduli Sihat Untuk Warga Selangor

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Aku anak Selangor yang dibesarkan dalam daerah Klang iaitu satu diantara 9 daerah yang terdapat dalam negeri merah kuning ni. Ikut negeri memang anak negeri Selangor lah ya, ikut negara memang anak Bangsa Malaysia. Klang pula memang terkenal dengan nama Bandar Diraja, Daulat Tuanku.

Dari segi sejarahnya memang tak cukup sebuku 300 muka surat nak diceritakan. Ekonominya antara termaju di Malaysia, tak hairanlah kod 10 ni menjadi negeri tumpuan di media digital mahupun fizikal.

sumber gambar: selangorkini.my

Baru baru ni, tak kiralah tahun lepas 2016 atau tahun ni 2017, kerajaan negeri Selangor ada malancarkan 1 program yang diberi nama Skim Peduli Sihat Selangor. Antara skim yang ada, disini aku nak sentuh tentang Kad Peduli Sihat Selangor.

Apa ciri ciri kad ni? macam ‘medical card’ syarikat syarikat insuran tu ke? tak berapa pasti aku pun gunakan perkhidmatan pakcik google pada xiaomi redmi note 2 ni, setelah mentelaah dan meneliti dengan jurus mata helang, ini dia maklumat tu yang aku juga nak kongsikan untuk tatapan kita bersama.

Ianya ada dibahagikan kepada 2 kategori iaitu A & B :

KATEGORI A:
—> Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
—>Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
—>akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
—>Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
—>Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
—>Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

***gaji RM5k ke atas tu tak perlu lah ‘apply’ ye, bagi mereka yang betul betul layak k.

KATEGORI B:
—>Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
—>Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.

Kelebihannya:
—>akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
—>Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
—>Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
—>Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Yang rasa dirinya layak dan rasa perlu bolehlah dapatkan borang di pejabat ADUN berdekatan. Kenal tak pasti siapa Adun terdekat tu? tak kenal dan tak tahu? google dan layari Pedulisihat.com atau hubungi 03-20893911.

Setelah mendapati diri tak berapa layak nak ‘apply’ kad peduli sihat ni, dengan ini saya mengumumkan yang saya tetap sayangkan negeri Selangor. Sekian sahaja untuk kita berbicarakan tentang kad pedui sihat ni.

Yang paling penting ialah pedulilah dengan kesihatan diri sendiri dengan menjaga kesihatan dan pemakanan. Kurangkan garam dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman, beriadahlah atas lapangan sukan agar sama sama dapat hidup dengan makmur dan mampan.

 

 

sumber: http://mes.selangor.gov.my/skim-peduli-sihat/

 

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Tinggalkan komen ya:

2 thoughts on “PERCUMA-Kad Peduli Sihat Untuk Warga Selangor”

Leave a Comment

Hasli Ayob @ 2021 With Love | Penafian