Pengalaman Manis Di Program Mampan Perak

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Selepas melalui pengalaman yang ala ala tak berapa ngeri sehari sebelumnya (baca sini) , 18/2/2017 pun bermulalah program yang aku ‘attend’ ni. Iaitu Program Jelajah Forum & Ekspo Mampan 2017. Pr0gram ini mengenengahkan pelbagai aktiviti, forum, ekspo, kayuhan basikal, bengkel keusahawanan, bengkel pertanian dan kesenian yang membawa aspirasi pembangunan mampan (sustainable development).

Program ni dah melalui beberapa siri yang telah bermula sejak 2014 di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Kini ianya telah mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan pula Jelajah Forum dan Ekspo Mampan tidak lain adalah untuk menyebarkan informasi Mampan kepada masyarakat.

Pagi sabtu  tu memang kepenatan sedikit, sikit je tak banyak manepun. Punca utama yang dikenalpasti ialah pada malam sebelum tu tidur agak lewat sebab berborak panjang dicampur sekali tak boleh lelap sebab lupa nak tutup mata yang mengadap ‘henpon’ heheh.

Homestay yang kami sewa bersama sama kawan kawan seramai 54 orang terletak lebih kurang 5km dari RTC Gopeng. Sebanyak 5 buah rumah yang kami sewa dengan berharga RM300-RM400 sebuah untuk 2 malam, boleh dikatakan berbaloi.

Kami secara rela berhati hati pisahkan antara lelaki dan cik cik + ibu ibu supaya hubungan keakraban sesama kami terus terjalin erat dan ummph..! Terpisah 2 malam bukanlah hal besar bagi kami kerana malam je terpisah, siang tetap berjinjing tangan sesama suami isteri dan anak anak. 🙂

Jarak antara homestay kami dan RTC Gopeng hanyalah 5km, Jika naik kereta dalam 5 minit saja dan akan patah balik jika berjalan kaki.

Program pada pagi itu dimulakan dengan Kayuhan Mampan Eco Ride yang di sertai lebih kurang 300 org ‘cyclist’. Kayuhan ini bukanlah seperti kayuhan Le Tour De Langkawi yang memerlukan peserta berlumba untuk berebut jersi hijau, kuning mahupun merah jambu, tetapi untuk menjelajah.

Bila menjelajah dan pastinya ada ketua jelajahnya atau yang ‘lead’ dalam kayuhan ini, oleh itu disiplin sangat di titikberatkan, tak bolehla potong potong atau be’racing’. Ucapan polis pengiring sebelum berlepas juga ada mengingatkan tentang disiplin dan aturan dijalan raya.

Disamping itu program utama yang dijalankan pada sabtu itu ialah Forum tentang alam sekitar dan keusahawanan. Rata rata yang menghadiri Forum dan ekspo ini adalah dikalangan usahawan usahawan dari seluruh negara.

Acara pembukaan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Muhammad Amin Bin Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak. Sebelum itu ucapan pembukaan oleh Yang Berusaha En Rossaini Bin Ahmad Noor Razalan, Pengarah Program JFE Mampan Peringkat Negeri Perak 2017  dan ucapan alu-aluan olehYang Berusaha En Ahmad Ruzizan Maphilindo Bin Mohd Isa, Pengerusi Sekreteriat JFE Mampan.

Antara acara lain yang ada pada sabtu dan ahad itu ialah gendang & wushu, choral speaking, permainan rakyat seperti sepak takraw, baling tin, memanah, cabutan bertuah yang mana hang jebat tak turut serta, angkat dan golek tayar gergasi juga ada, printing baju, akuaponik yang menggabungkan ternakan ikan dan tanaman sayur, kopi cappucino yang menambat selera, zoo mini pun ada, sticker mampan dari syarikat add ideas ada juga dimana aku terpedaya dengan design dia suggest pada aku (namun sehingga artikel ini ditaip, belum sempat melekat pada kereta), popcorn pembuka diet aku juga ada dan banyak lagi booth booth dan program yang di ketengahkan dan memang berkualiti.

Pada malam minggu itu atau senang cakapnya sabtu malam tu telah diadakan persembahan atau nama rasminya Malam Kebudayaan. Program ini boleh dikatakan penghilang penat bagi aku yang dimana pada siang hari itu yang kami tak boleh ketinggalan dengan program yang ada kerana satu kerugian jika ‘miss’ sebab sangat bermanfaat dan tak selalu ada.

Selepas ucapan VIP, Persembahan dimulakan dengan dihoskan oleh saudara Irwan Shah. Rupa rupanya si Irwan Shah ni kawan sekolah aku masa sekolah rendah dulu. Dia darjah 6 sebaya abang aku dan aku darjah 1 lagi time tu. Dulu bukan main dahsyat dia ni, siapa tak kenal kenakalannya, sekarang Alhamdulillah berjaya jadi emcee yang sekali pandang macam AC 4U2C.

Ada artis jemputan iaitu penyanyi kumpulan Fair, kemudian diikuti persembahan tarian tradisional kebudayaan negeri Perak yang memang ‘superb’ bagi aku. Kenapa? kerana aku berkeyakinan yang tarian atau persembahan itu bukan calang calang orang boleh buat, silap lenggok memang tersandung atas pentas.

Kemudian persembahan diteruskan oleh Musly Ramlee yang jika sekali pandang macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Nyanyian dia memang dalam khelasss tersendiri dan sangat menghiburkan hati segenap pelusuk ‘audience’ yang ada.

Disusuli Tuan Ariff Md Isa bersama Musly berduet lagu yang tajuknya “Tanah Bertuah Kurnia Tuhanku”. Tuan Ariff ni adalah pemilik produk AriffCafe Cappucino yang terbukti kesedapannya. Tak percaya? anda boleh dapatkn dengan menghubungi beliau di FB beliau ni Ariff MD Isa. Nak diceritakan memang banyak lagi nak taip ni.

Ahad pagi ada senam robik yang aku juga turut serta. Fuhh, memang memercik peluh jantanku ni. Almaklumlah sebelum ni aku agak aktif dengan renangan, peluh tak nampak sebab larut bersama air kolam, kali ni real nampak peluh keluar dengan deras. Instructor senamrobik ni macam takda pulak tanda tanda nak berhenti. Kalau ikutkan berat dan tinggi aku yang kacak ni, mau 500kalori terbakar pagi tu.

Acara lain terus berlangsung dengan jayanya, jam 2.30 penutup Program Mampan kali ni. Selesai penutup, kami seperti biasa akan bergambar bersama sama rakan rakan dan para peminat setia yang tak putus putus nak selfie. heheh.

Berjumpa lagi di Mampan Melaka @ Sg.Rambai. Bila tarikh tu? Baca sini mampan.net

 

**tulisan hanya sekadar bingkisan sepintas lalu pada program tu saja, kalau nak ikutkan secara ‘ full’ memang boleh buat 1 buku**

** gambar kurang berkualiti memandangkan kamera Xiaomi Redmi Note 2 aku ni dah banyak kali menyembah lantai**

 

 

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Tinggalkan komen ya:

6 thoughts on “Pengalaman Manis Di Program Mampan Perak”

Leave a Comment

Hasli Ayob @ 2021 With Love | Penafian