Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Pertama)

Pengalaman Ke Cameron Highland
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Pengalaman Ke Cameron Highland Hari Pertama. Ahaa nampak 2 ayat sekali dalam satu tajuk yang panjang, tapi tak mengapa sebab anda semua dah tentu faham kan maksudnya, tak susah mana pun.

Sebenarnya ini kali kedua aku kesini, pertama kali dengan wife , join trip dengan famili sebelah aku dan masa tu Annur anak aku belum ada lagi,  time tu naik dari Tapah, bayangkan laluan dia memang berpusing pusing dan jalan tak berapa ok gelap pulak tu. fuhh.

Kali ini pergi kali kedua dan atas pandangan kawan kawan, aku nak drive naik dari Simpang Pulai. Bergerak dari Seri Kembangan (Puncak Jalil) pukul 12 tengah hari walaupun pada asalnya nak gerak pukul 10 pagi, sebab apa? heheh biarlah di rahsiakan. Lepas isi minyak tangki penuh RM80 kereta Persona Merah ni aku pun drive dengan dimulakan dengan Bismillah.

Perjalanan hujan lebat, dalam pukul 2.15 sampai ke R&R Tapah untuk isi perut yang dah berkeroncong lagu untuk ana. Anak (Annur) pun yang baru tidur setengah jam secara automatik terbangun, so manfaatkan teruslah bagi dia makan dekat situ.

Lepas makan dan beli sikit barang dan kudap kudapan, kami teruskan perjalanan dengan membuka google maps, menampakkan anggaran perjalanan untuk sampai ke hotel Corpthorne Cameron Highland ni 1 jam 50 minit juga exit dari Simpang Pulai. Dari R&R Tapah ke susur keluar Simpang Pulai dalam 40km senang cakap setengah jam la bila kita bawa dengan kelajuan 80km per jam.

Perjalanan naik memang best, jalan pun rata dan seperti biasa main belok corner kanan corner kiri memang best, lagi lagi handling kereta yang banyak membantu. Apa yang lagi menarik, bila dah sampai atas sikit tu, cuaca sangat sangat menakjubkan, jalan raya diliputi kabus ala ala kat oversea gitu, dapatlah menikmati udara segar dan sejuk, cuma gambar tak sempat ambil sebab tak ada niat nak berhenti.

Avant Chocolate & Ice Cream, Green View Garden & Mini Pet Zoo

Tengok google maps lagi 25 minit untuk sampai ke Hotel, singgah dulu ke Avant Chocolate & Ice Cream. Ada baiknya juga berhenti sekejap, kasi lurus pinggang dan lutut ni. Tempat ni memang kebetulan satu laluan sebelum ke tempat menginap kami. Kira ok la nak singgah sekejap kasi luruskan pinggang. Selain perkara yang biasa biasa seperti ada jual coklat, strawberi dan buah buahan, apa yang menarik dalam situ ada Green View Garden.

Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Pertama)

Dekat dalam Green View Garden ni ada Mini Pet Zoo binatang binatang dan pokok pokok yang bolehllaaaa dikatakan cantik. Binatang seperti kambing, angsa, ayam, arnab, itik ni bagi aku sesuai juga untuk pendedahan kepada Annur yang baru nak masuk umur 2 tahun. Seronok la dia bergambar dengan ibunya.

Pengalaman Ke Cameron Highland

Pengalaman Ke Cameron Highland

Tapi bila bawa masuk dalam kandang arnab tu, mula mula berani betul, sekali arnab datang serbu nak melompat anak aku ni, ahahaaa…maybe terkejut kot. Tapi kira ok jugala dari ibunya yang ajak masuk dalam pun tak berani.

Pengalaman Ke Cameron Highland

Selain itu kalau nak bergambar pun cantik juga deco yang mereka buat, ada warna warni ala ala kat Australia kata wife aku, ada taman taman sikit, ditambah nilai lagi dengan bauan asli kambing memang memikat selera pengunjung. Tempat budak budak nak main basikal pun ada.  Opps sebelum lupa, nak masuk Mini Pet Zoo ni bayarannya RM6.00 untuk seorang dewasa dan dapatlah free gift 2 bungkus kecil makanan arnab dan kambing.

Pengalaman Ke Cameron Highland

Pengalaman Ke Cameron Highland

Pengalaman Ke Cameron Highland

Keluar mini zoo tu cadang nak mengopi sambil makan kek, baru nak order cashier cakap nak tutup lagi 10 minit, so batalkan je lah niat nak minum situ sebab aku kalau minum kopi ni, tak cukup setengah jam sebab nak feel the moment aroma kopi tu. Tak jadi mengopi kami nak makan ais krim kon pun jadi la.

Pesan 2 kon ais krim cip coklat, sekali nak bayar haa…amek ko untuk 2 harganya RM17.20, serius cakap tak berbaloilah dengan harga, wife aku seakan tak boleh terima kenyataan harga tu sebab bukan besar manapun scoop coklat cip tu, namun setelah aku bagi sedikit tazkirah mengenai sejarah ais krim dia pun sudah boleh terima dan syukuri je la.

Pengalaman Ke Cameron Highland
Besar ni je, hahaaa..

Untuk Annur dia dapat dapat menilmati separuh kon je la, yang aiskrim tu dah aku abiskan, kecik kecik lagi ni tak boleh bagi dia nanti hidung meleleh.

Untuk hentian pertama ini bagi aku just ok je la. Taman dalam tu ok dan menarik, cuma tang kat kaunter nak beli aiskrim tu kena baiki lagi la sebab banyak jugak lalat berkeliaran, cuba tengok gambar tu.

Hotel Copthorne, Cameron Highlands

Selesai makan aiskrim, kami pun bertolak ke tempat untuk beristirehat meluruskan pinggang iaitu tempat penginapan di Hotel Corpthorne.

Cantik juga lobi hotel ni, kakitangan pun mesra bila ditanya, boleh letak dulu kereta kat lobi tu sementara nak check in katanya, sambil kami di pelawa untuk dibawakan beg dan bakul makanan Annur ke bilik. Selesai bayaran bagi la nombor bilik kat pekerja hotel tu dan kami pergi parking kereta dekat bawah bangunan tu.

So far sepanjang kat hotel ni ok jugalah, bagi aku ok je hotel ni sebab aku ambil pakej yang ada sarapan, ada gym, dan ada juga kolam renang. Dua malam dalam RM488.00.

Menariknya lagi hotel ni kira dekat dengan semua tempat nak pergi, kira macam tengah tengahla bagi aku. Lokasi terkenal macam Kea Farm, Ladang Teh Sungai Palas, Raju’s Strawberry memang dekat je. Kalau dekat Agoda atau Booking.com macam macam review ada, yang bad ada, yang good pun ada, terpulang masing masing. Kalau rasa nak tempah hotel ni boleh search pada box bawah ni.

Aku pilih website Hotel Combined ni sebab web ni akan compare hotel mana paling murah atau yang mereka cadangkan pada kita. Nanti web ni akan bawak la kita ke website booking.com , agoda, Expedia atau lain lain.

 

Tapi kalau you all dah biasa gunakan lawan web booking.com boleh je terus Search yang search booking.com kat bawah ni. Yang penting pandai pandailah rancang bajet korang ya.

Booking.com

 

Taman Apple Cameron

Dapat  baring kat tilam empuk memang rasa malas pulak nak bangun, tapi planning nak bergerak makan steamboat dekat Taman Apple Cameron (TAC) perlu diselesaikan. Tempat ni  kalau tengok kat google atau blogger lain, mereka cakap best, sedap dan menarik, so kenala pergi untuk sahihkan betul atau tak.

Aku pilih pukul 8pm nak bertolak kesitu, dari hotel dalam setengah jam je dan berharap 8.30 sampai taklah ramai orang lagi, kira konon konon nak jadi orang yang terawal la.

Pengalaman di cameron hignland

Tempat tak susah nak cari kalau guna google maps. Sampai je, nahh..ramai dah dalam tu, kena la daftar dulu dan ambil no giliran, fuhh nasib baik kena tunggu 2 giliran je lagi, taklah lama sangat tunggu. No 111 memang bertuah, tak sampai 15 minit dah dipanggil, lepas je bayar RM39.90 untuk 1 orang dewasa atau Rm79.90 untuk dua orang dan + 6% service tax jadilah total RM84.60.

Pengalaman di cameron hignland
ni la no 111 tu.

Dapat je meja, wife aku @ ibu Annur setting tempat untuk budak kecik tu, aku pun pergilah ronda tengok apa yang menarik untuk di steamboat kan.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Dari segi bahan bahan makanan sama je dengan kat mana mana, yang membezakan ialah suasana tempat tu. Dari pintu masuk, tempat tunggu sesuai untuk bergambar kenangan, dalam kawasan makan, meja, susun atur tempat nak ambil bahan makan memang teratur la. taklah bertumpu 1 tempat je nak ambil makanan tu, mau sesak kalau ramai bertumpu.

Pengalaman di cameron hignland

Kambing, ayam, udang, sotong, sayur, bebola daging, nasi lemak, bihun, maggie, buah buahan, bubur jagung, ais krim, air jagung, air keladi, teh O, kopi O, ni antara menu yang ada dan aku ingat. Kek pun ada juga tapi lain kirala tak termasuk harga.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Selepas makan jenis makanan diatas ni, kesudahan menu yang paling aku suka dah tentulah ais krim coklat chip+ vanilla , letak jagung manis dan kacang memang asyik dibuatnya, tak lupa juga bubur jagung sebagai penutup bicara makan malam pertama di Cameron Highland ni.

Pengalaman di cameron hignland

Untuk kedai steamboat ni bagi aku bolehlah katakan puas hati juga.Kiranya wajib jugalah pergi kalau korang tak pernah pergi sini.Perut tak payah bagitaula memang penuh, mau naik 2 kilogram jugak ni.

Suasana hujan juga, nasib memang ada instinct nak bawa payung. Sebelum, semasa dan selesai makan, seperti biasala snap 5-10 keping gambar untuk kenangan dengan wife dan Annur bila dia dah besar nanti. Masuk kereta terus balik hotel. Perut memang sebu la sebab overload hahaa. Sebelum nak lelap kami plan la sikit esok nak kemana pula. SELESAI HARI PERTAMA.

Jadi kemana hari kedua kami pergi? ikuti pautan link dibawah ni.

Baca: Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Kedua)

 

 

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bacalah yang ni juga:

Tinggalkan komen ya:

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian