Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Ketiga)

Pengalaman di cameron hignland
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hari ini hari ahad bersamaan hari ketiga kami dekat Cameron Highland ni, senang cakap last day la dekat atas ni. Jadi kalau ikut rancangannya, hari terakhir ni kami nak singgah 2-3 tempat je.

Pengalaman di cameron hignland
Ni kabus sebelah kanan tu, lama lama dia tutupi depan tingkap bilik kami juga ni
Pengalaman di cameron hignland
ni haa…belakang tu, tak nampak dah bangunan depan

Tempat pertama Kea Farm, KHM Strawberries Farm, Taman Agroteknologi Mardi, Ladang Teh Bharat dan kemudian terus nak balik je. Aku memang nak gerak balik awal sebab malas nak drive malam kat highway, risau hujan ke, jem atau ada constructiuon dah payah nanti.

Selepas je sarapan pagi dan kemas kemas serba sedikit sebelum nak checkout, kami pun turunlah awal sikit dalam 8.30am sarapan kat Coffee House. Hari ini menu lebih kurang yang semalam je, kami anak beranak pun enjoylah sarapan bersama. Karenah Annur seperti biasalah kena layan, kalau tak memang ibu dia tak sarapan dibuatnya.

Pengalaman di cameron hignland

Cukup kenyang semuanya, kami pun turun parking nak pergi Kea Farm, buka maps hanya 250m je dari hotel. Cabaran kebiasaan ke pasar ni 1 je iaitu parking. Kalau dah memang rezeki, betul betul tepi jalan ada 1 parking kosong. Dah parking kami pun berjalan jalanlah ke pasar tersebut mencari sedikit barang untuk dibawa balik KL

Kea Farm

Memang ramai kat kea Farm ni, jenis jualan seperti buah buahan, sayur sayuran, makanan tak kurang juga ada mainan budak. Kami beli keledek, jagung, strawberry just konon dah membuktikan kami dah sampai Cameron Highland la hahaa.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Annur pulak siap dapat pow ibu dia anak patung Nana Didi & Friend tu. Sebelum ni dekat Taman Rama Rama dia pun ada pow patung Didi. Serius aku pun baru tau ada nama nama patung tu. Advance lagi anak aku ni. Bukan main happy dia tu, taknak lepas dah dia bawa. Tak lama lagi hangit la bau benda tu.

Pengalaman di cameron hignland
Annur dan Nana dia..

Cactus Point

Keadaan semakin ramai orang, kami buat pun nak beredar la, nak pusing balik hotel memang payah sebab jalan dua hala dan kereta berhenti parking tepi jalan. Aku drive je terus kedepan cari tempat nak buat u-turn. Jumpa pulak tempat yang sesuai iaitu dekat Cactus Point.

Walau tempat yang tiada dalam planning, singgah je la alang alang nak buat u-turn. Tempat ni dah kira macam hub pokok kaktus je aku tengok, dari yang kecil sampai yang besar pun ada.

Pengalaman di cameron hignland

Cuma aku belum dapat tau lagi apa kelebihan pokok ni, kalau bela pokok bunga kertas cantik cantik sebab warnanya, pokok buah sebab buahnya. Mungkin sebab durinya kot ni, atau juga sebab senang nak menjaganya, boleh jadi juga sebagai pelengkap kepada pokok pokok lain.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Selesai dalam 20 minit pusing pusing sambil bergambar, kami pun beredar untuk ke hotel. Jarak dalam 2.5km sahaja tapi ambil masa 20 minit sebab jem. Jem dekat Cameron Highland ni aku suka sebab jem yang bergerak, tak adalah tunggu lama baru nak bergerak kereta ni.

Sampai hotel 10.15, ada sejam setengah lagi sebelum nak checkout, so manfaatkanlah waktu tu untuk kemas semua barang barang. Lepas mandi semua bagai, pukul 11 aku keluar dulu hantar barang dekat kereta. Dah naik balik dapatlah baring baring sekejap rehatkan badan sambil layan karenah budak kecik yang dah semakin banyak akal dia tu.

Pengalaman di cameron hignland

Dah selesai checkout, keluar hotel tu untuk bergambar sekping dua tiga keping untuk tatapan masa depan.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

KHM Strawberries Farm

Meneruskan perjalanan untuk terus ke KHM Strawberries Farm. Maps bawak lalu jalan malam tadi. Sampai sini pun  parking ikut luck juga, dapatlah 1 kosong tepi jalan dan terus nak ke destinasi tu. Payung dah standby sebab cuaca semacam nak hujan.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Menurut pemerhatian aku, dekat KHM ni ada ladang strawberri dan juga ada kafe, kami tengok tengok sekeliling memang tarikan utamanya cafe dan mungkin juga menu.

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Kami tak singgah lama, nak makan perut masih kenyang sebab  sarapn pagi bukan main banyak masuk perut. Suasana dan konsep kafe ni memang menarik dan santai. Kalau tengah lapar you all memang rasa nak menjamah secebis dua menu.Tapi aku dan wife tak rasa nak makan sebab warek banget. Warek ni kenyang dalam bahasa jawa.

Pengalaman di cameron hignland

Pengunjung semakin ramai, kami pun beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Taman Agroteknologi Mardi.

Taman Agroteknologi Mardi

20 minit dari KHM Strawberries Farm tu, kami pun sampai sini. Menarik, nyaman, sesuai untuk bawak keluarga, parking luas, dalam tak sesak, ada tempat makan, ada pusat jualan, rugi kalau tak bergambar dalam ni.

Payung kami kena bawak sebab semacam nak hujan je tengok. Terus masuk pintu dan kena beli tiket. Untuk dewasa rm6.50 seorang, so total Rm13.00 dan Annur takyah bayar sebab masih budak budak.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Bila dekat dalam ni, bagi aku tempat paling wajib ambil gambar ialah dekat replika kincir air ni, nampak macam kat europe la pulak (tak pernah pergi pun eropah tu, just tengok dalam internet, heheh), jadilah nak pergi eropah betul betul entah bila.

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Selain Lavender Farm, peminat bunga bunga memang kena pergi sini, cantik cantik dan pandai orang orang Mardi ni jaga. Dah tentulah kena pandai jaga kalau tak terjejaslah reputasi nanti. hahaa.

Pengalaman di cameron hignland
masuk masuk..buat macam rumah sendiri…

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Penat berjalan singgah ada 1 kafe ni yang bersebelahan kawasan strawberi. Tengok apa menu yang menarik, ada aiskrim, coklat+strawberi, air. Pekerja kafe ni pulak macam nak tak nak je bila kami tanya, geramm je. Tapi mungkin kena kerja hari ahad kot tu yang takda mood mungkin. Takpalah dik, abang faham.

Pengalaman di cameron hignland
bukan main ko ye anak…syok la tu makan coklat dengan strawberi

Kami beli lah sebekas strawberi + coklat untuk makan dekat situ juga. Bukan main suka Annur makan, 4-5 biji juga dia makan, atau suka sebab disalut coklat, boleh jadi juga. Memang tak bagi lagilah benda benda manis kat dia lagi, kang jadi super aktif pulak.

Kemudian kami berjalan lagi untuk pergi ke pusat jualan, tengok apa benda ada dalam tu. Seperti biasalah strawberi, coklat, air, kordial strawberi, jajan. Wife sempatlah sambar 2-3 barang.

Cadang lepas tu nak naik atas lagi ke ladang atau tempat mainan budak, namun cuaca mendung datang, rintik rintik gerimis semacam dah mula nak turun. Kami decide untuk beredar, tak perasan pulak dahn jauh kedalam kami jalan.

Pengalaman di cameron hignland

 

 

Pengalaman di cameron hignland
ni padang tempat nak lepak or main dengan budak, siap ada teko besar tu, teringat pulak kat ayah pin.

Pengalaman di cameron hignland

Sambil berjalan keluar bergambarlah kami untuk kenangan dan tatapan anda semua. Perut dewasa pulak kami dah semacam datang dia punya lapar. Kami beredar untuk cari tempat makanan sambil nak turun untuk ke Ladang Teh Boh Bharat.

Nasi Lemak Strawberi

Google tempat makan, sekali tu ada Nasi Lemak Strawberi, bunyi macam nak cubalah, on je maps terus pegi dan rupanya tempat yang sama malam kelmarin iaitu di Taman Apple Cameron yang kami makan steamboat tu.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Tempat yang sama pun samalah, tak adahal sebab matlamat utamanya nak makan tengah hari je. Cuaca ok pula ni, mood Annur pun ok, dah sampai duduk tengok apa menu yang ada. Macam macam jenis makanan ada.

Nak order nasi ayam bakar dan nasi kambing bakar, merka bagitau menu ni dah habis. Huuu.. nak taknak dah duduk order je la menu lain iaitu nasi kukus serunding strawberi ayam dan nasi lemak serunding strawberi, air pulak Tea Tac Float untuk aku dan wife Strawberi Milkshake.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Rasa makanan dan minuman ok juga, sedap dan harganya pun ok juga. Nasi Kukus Serunding Strawberi harganya RM9.90 dan Nasi Lemak Serunding Strawberi berharga RM10.90. Air pula Tea Tac Float RM6.90 dan Strawberry Milkshake pula harganya RM8.90.

Pengalaman di cameron hignland
Nasi Lemak Serunding Strawberi

 

Pengalaman di cameron hignland
Nasi Kukus Serunding Strawberi

 

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland
Ni kalau hujan takyah risau, banyak payung ada. haha
Pengalaman di cameron hignland
mungkin inilah punca mata air strawberi

Dah kenyang dan Annur pun dah kenyang, kami beredarlah untuk ke destinasi terakhir iaitu Ladang Teh Boh Bharat. Nak singgah sini sebab satu laluan nak turun ke Tapah, kalau tak selaluan memang tak singgah sebab dah pergi Ladang Teh Sungei Palas semalamnya.

Ladang Teh Bharat, Cameron Highland

Alang alang dah sampai sini mesti nak turun tengok kawasan ladang teh ni. Sebelum ni pernah pergi sini nak turun free je, tapi kali ni ada bayaran iaitu RM3.00 untuk orang dewasa. 2 orang jadilah Rm6.00.

Pengalaman di cameron hignland
Kena beli dan pakai ni sebelum masuk, Rm3.00 untuk dewasa.

Apa yang aku suka dekat sini ialah permandangan ladang teh ni, cantik betul lebih sikit dari Sungei Palas tu.  Nak bergambar dekat sini view lebih dekat dengan pokok teh. Dulu kalau pergi tak silap takda pagar, sekarang dah ada, untuk keselamatan juga dan untuk jaga kualiti pokok kot ni.

Pengalaman di cameron hignland
Annur dah menampakkan kemengantukkan dia.

 

Pengalaman di cameron hignland
amboi makcik sorang ni, pantang nampak kamera.

 

Pengalaman di cameron hignland
ni sebelum nak naik, sebab dah semacam rintik rintim hujan

Dah puas bergambar, cuaca pun tetiba je nak gerimis, kami pun naiklah sambil dukung Annur, Fuhh curam juga tangga sini, terasa kepenat dan degupan jantung laju semacam, hahaa mungkin sebab nak laju.

Dah sampain atas cadang nak minum teh, tapi aku pandang wife, wife pun pandang aku, hahaa kami kekenyangan lagi makan tadi, dan tak rasa haus lagi ni. Jam menunjukkan pukul 3, dan terus masuk kereta risau hujan pulak.

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland
ni time kami dah sampai atas, budak budak rombongan sekolah baru sampai…

Dengan lafaz bismillah… aku pun drive la untuk turun ke Tapah untuk exit ke Highwaw Plus. Jarak tak sampai 200km, waktu yang dijangka lebih kurang 4 jam untuk sampai rumah.

Pengalaman di cameron hignland
nak bergerak da ni untuk turun.

Terus ikut je laluan ke Tapah, main korner lipat lipat jugaklah nak turun bukit tu. Annur yang mula mula tadi happy bertukar jadi merengek, dari merengek dia pun bertukar jadi mamai dan kemudian lelap diatas car seat baby dia.

Syok juga layan stereng Persona Merah ni, teknologi Proton handling memang best. Tengah syok syok drive lalu kawasan yang tetiba sesak, rupanya dah sampai Lata Iskandar.

Lata Iskandar

Lata Iskandar ni kawasan air terjun, kiranya tempat pelancungan jugalah. Kiri kanan ada kedai makan dan kedai kraftangan dan tetiba wife aku bersuara nak beli tudung saji, ingatkan tidur, terus aku menggagau nak cari parking.

Dalam 200 meter kedepan jugaklah baru dapat parking sebab ramai juga orangnya. Tapi takda hal, boleh luruskan pinggang sambil cuci mata tengok deruman air terjun. Sempat jugalah beli pisang goreng rm5.00 untuk saja saja nak kunyah dalam kereta kejap lagi.

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland
ni la air terjun tu

Dah dapat tudung saji yang dimahukan, terus aku jalan ke kereta dan teruskan perjalanan hingga ke exit masuk lebuh raya untuk ke Kuala Lumpur. Baru 10 minit dekat highway ni anak akun pun bangun. Amboi, turun bukit pusing pusing lena, masuk highway yang lurus je ni terus jaga, hahaa maybe dah puas tidur 2 jam tadi tu.

Pengalaman di cameron hignland
Ok nak exit ke Kuala Lumpur da ni, byee..

Pukul 5 dah kat Highway Plus ni, aku buat keputusan untuk terus je balik rumah tanpa singgah mana mana hentian mahupun R&R, faktornya aku dah bagitau pada awal tadi.

Sampai rumah dalam pukul 7.15pm. Banyak barang kena bawak naik ni, so dua kalilah naik dan turun. Alhamdulillah sampai je rumah kelegaan mula terasa bila anak, isteri aku sendiri selamat sampai. Jumlah keseluruhan jarak bermula dari rumah (Seri Kembangan), disana, hingga kerumah semula, yang kami tempuhi ialah 586.3km.

Pengalaman di cameron hignland
ni la total keseluruhan perjalanan kami. sebelum turun full tank, dah sampai rumah turun 2 bar je. ok la..sebab turun cameron tak guna banyak minyak.

Lepas kemas je semua barang barang dan makan, kepenatan mula terasa. Dalam kepenatan tu mata aku segar je walau anak dan emaknya dah lena, tak tau kenapa mata tak boleh lelap. Rupa rupanya pukul 11 malam tu ada bola epl Manchecter United VS Kelab hebat sepanjang zaman iaitu Liverpool. hehehee..dapatlah tengok 1st half dan aku tertidur dengan jayanya.

Apapun pengalaman ke Cameron Highland ni boleh dikatakan best dan menarik, tempat yang kena pergi bagi aku dan aku suggest ialah:

1.Ladang Teh Sungei Palas dan Ladang Teh Bharat

2.Lavender Garden

3.KHM Strawberries Farm

4.Kea Farm

5. Steamboat @ Taman Apple Cameron

6.Pasar Malam Brinchang

7.Taman Agroteknologi Mardi

 

Atas ni senarai kena pergilah kalau ke Cameron Highland tu. Lokasi guna je waze atau google maps mesti sampai. Sekian dari aku dan family, akhir kata dimanapun kita pergi berjalan jalan,holiday atau travel, ingatlah keselamatan diri, keluarga dan ingat Tuhan.



Booking.com

Rancang bajet dengan teliti, guna maklumat di google dan blog blog, bila dah dapat bajet awal korang tambahlah lagi dalam RM300-Rm400 untuk hal hal diluar jangka.

Ok, jumpa lagi kalau datsang lagi rajin aku nak menaip..! Thanks..!

Baca Juga: Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Pertama)

Baca Juga: Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Kedua)

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bacalah yang ni juga:

Tinggalkan komen ya:

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian