Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Kedua)

Pengalaman di cameron hignland
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Ok, ini sambungan dari hari pertama di Cameron Highland, kalau yang belum baca hari pertama boleh baca disini –>Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Pertama) . Hari kedua ni cadangnya nak pergi semua tempat yang dah di rancang. Ladang Teh Sg.palas, Bee Farm, Taman Rama Rama, Taman Lavender, Time Tunnel & Pasar Malam Brinchang.

 

Pagi pagi dah selesai semua urusan waktu kat bilik, kami pun turun untuk sarapan dekat area, ruang makan sama level dengan lobi. Memang best la makan sarapan kat sini ni (aku bab makan memang semua best) hahahaa.. dah lama jugak tak merasa makanan hotel.

Pengalaman di cameron hignland
Budak kecik ni duta Coffee Shop tempat kami sarapan ni.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Hidangan pun memang biasa standart tempat macam tu. Nasi lemak ada, mee goreng ada, waffle ada, makaroni karbonara, koko krunch, telur bungkus, pau, dan mcam macam lagi. Air yang biasa biasa la, kopi, teh, oren & epal juice.

Ladang Teh Boh Sungei Palas

Selesai makan sarapan, dan juga standby sikit bekalan untuk Annur, kami pun berangkat la untuk pergi ke Ladang Teh Boh Sungei Palas. Seperti biasa, google maps kasi on untuk panduan bersama.

Pengalaman di cameron hignland

Punyala follow maps tu, sekali dia bawak turun macam nak balik ke Simpang Pulai, dekat 15 minit jugala drive, sekali tiba tiba google maps ni rerouting la pulak, nahh.. kena naik balik, rupa rupanya dekat je Ladang teh tu, dalam 3 minit je dari keluar hotel dah boleh nampak signboard untuk masuk ke kawasan ladang. Maybe masalah internet time tu sebab parking kereta dekat bawah B3 hotel. Keluar terus on maps tapi internet baru nak warmup kot sebab bawah tu takda line.

Pengalaman di cameron hignland

 

Dari jalan besar nak masuk kawasan ladang dan parking dalam tu kira kira setengah jam juga, sebab laluan yang agak mencabar, sempit dan berlubang, so kena hati hati dan waspada. Sampai ke kawasan parking nak kena pusing 2-3 kali juga baru dapat parking. Memang semua sampai sini memang matlamatnya nak kena daki naik ke kedai teh atas tu.

Nasib baik ada tangga, kalau takda rasanya memang tak taula. Ada laluan kereta untuk naik terus ke atas tu, tapi untuk OKU dan orang orang terpilih sahaja kot. I’ts ok je, dapatlah merasa senaman kaki dipagi hari sambil bawak lebih bebanan 10kg berat Annur.

Pengalaman di cameron hignland
Abah nak bawa Annur terbang naik atas tu.

Sampai atas memang dah agak dah mesti ramai orang sebab tengok parking bawah tu dah boleh tau. Jejak je lokasi utama tu dah tentulah snap 2-3 gambar sambil cari port sesuai nak minum teh sambil makan kek. Isteri aku setting tempat untuk Annur dan aku pun pergilah order hidangan. Kalau tengok harganya boleh katankan ok la, sesuai dengan tempat pelancungan seisi keluarga.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland
Ni ha hasil tuaian dekat kaunter td

Dekat atas ni ramai juga yang bergambar acah acah blogger atau youtuber atau instafamous kot, sebab tengok gaya dan makeup dah semacam boleh agak, pandai dan kreatif diorang ni, baguslah. Tengok pada suasana macam ramai pelancung dari China juga ni, kalau cina tempatan kita boleh tau rupa dorang.

Pengalaman di cameron hignland
Ramai yang kata abg kacak, hemmm ada ada je diorang ni.
Pengalaman di cameron hignland
bagila chan.

Selesai makan kek sambil minum teh dan setelkan urusan Annur, kami pun angkatlah punggung untuk bergambar sekitar situ.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Bergambar sudah, makan kek sudah, minum teh pun sudah. dekat sejam  juga kat atas ni, dan dah tiba masanya untuk turun. Sekali lagi bebanan tambahan 10kg telah diamanahkan untuk dibawa bersama.

Pengalaman di cameron hignland
Sekarang jom kita turun ye nakkk..

Sampai ke kereta memang makin ramai dah orang yang baru sampai, parking dah penuh sangat, untung kami masuk awal awal pagi. nak drive keluar pun menguji skill pemanduan juga. Bas pun ada yang masuk, memang kena skill yang tinggi bawak gergasi tu masuk sini.

Pengalaman di cameron hignland
Ni nak keluar dah.. sesak kan?

 

Apa pun Ladang Teh Sungei Palas ni memang satu tempat yang wajib pergi kalau you all sampai ke Cameron Highland ni. Udara Fresh, teh tanpa gula pun sedap tak pahit macam aku buat sendiri kat rumah. Dah sampai keluar ke jalan besar rasa lega je dan kami terus ke Bee Farm betul betul 200 meter je dari pintu nak masuk ladang teh tadi.

Bee Farm

Next destination is Bee Farm, sebab apa nak kesini, aku pun tak tau, maybe saje nak dedahkan anak aku si kecik Annur ni kepada hidupan terbang terbang ni. Tapi bila dah masuk ke dalam bangunan tu, tetiba kami rasa malas pulak nak turun ke farm lebah tu. hahaaa..

Pengalaman di cameron hignland

So apa yang kita orang buat hanyalah ambil gambar lebih kurang je sebagai bukti dah sampai tempat ni. Lagipun macam tiada apa yang menarik, ada sarang lebah madu, sikit sikit patung lebah besar, warna warni macam itu je lah. Nak turun bawah tu pun satu macam punya malas, hehe maybe sebab dah penat dukung Annur kat ladang teh tadi tu kot.

Pengalaman di cameron hignland
Ibu yang exited, seperti biasa tengok Annur tu, rileks je macam takda perasaan hahaha

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Kat Bee Farm ni dalam setengah jam je dan semacam boring sikit, kemudian kami pun meneruskan ke destinasi yang berikutnya iaitu Taman Rama Rama. Nak tengok juga apa ada dalam ni sambil dedahkan Annur dengan alam nyata.

Taman Rama Rama

Dalam taman ni ok jugalah, not bad, yuran masuk dikenakan sebanyak RM7.00 untuk seorang dewasa. Dah masuk dalam jumpa toilet dulu kemudian tu ada pulak seorang auntie ni macam marah marah nak tiket, pelik pun ada kenapa perangai macam ni, dalam hati maybe dia ni penjaga tiket, tapi kenapa ambil terus tiket tu, takda koyak atau mark pada tiket? dia dah amek terus blah macam tu je. Hairan kami dan pengunjung lain dibelakang dibuatnya.

Entah entah dia ni scammer nak jual tiket pada orang lain dalam hati aku berdetak, hahaaha abaikan dan buang perasaan syak wasangka jauh jauh dan kami terus masuk tengok apa binatang yang ada dalam ni.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Annur suka pulak tengok rama rama ni, takda perasaan takut maybe sebab kecik dan nipis je kot binatang ni.

Pengalaman di cameron hignland
Ulat gonggok, bukan main besor ni

 

Pengalaman di cameron hignland
Kumbang,kalau jumpa kat rumah memang aku lari dulu.

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Banyak juga spesis rama rama ni, memandangkan aku bukanlah peminat rama rama, so aku taknak ambil tau sangat jenis jenisnya. Yang aku tau  rama rama semuanya sama.

Pengalaman di cameron hignland
Muzium rama rama pun ada juga.

Pengalaman di cameron hignland

Walaupun taman rama rama, tapi ada juga arnab kat dalam ni, suka anak aku tengok haiwan tu, mungkin dia nampak macam kucing kot ni. Dia ni tak berapa takut dengan kucing. Kalau harimau pun dia berani, tapi yang kat youtube la.

Pengalaman di cameron hignland
Nak kemana dua beranak tu.

 

Pengalaman di cameron hignland
Oooo..nak tengok katak rupanya..

 

Pengalaman di cameron hignland
ni nasib baik patung je, kalau betul betul besor macam ni, aku dah lari dulu.. hahahaa

 

Lebih kurang sejam setengah dalam Taman Rama Rama ni, kami rasa ada baiknya abiskan pusing dan keluar, macam macam bau dah kami hadap..hahaa, bau arnab, bau katak, bau taik apa ntah semua da. bau lama lama tak baik untuk otak budak kecik.

Seteruskanya selepas kami keluar je, kami singah kedai pokok kaktus sebelah je dengan taman rama rama tadi tu. masuk dan singgah je, tak beli apa pun. Cadang nak beli jugak sepokok dua, tapi difikir fikir balik, kang tak terjaga, sebab belum sampai minat.

Kedai Pokok Kaktus

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland
apa khasiat pokok ni?

 

Pengalaman di cameron hignland
nampak cantik, tapi minat belum datang,maybe 3-4 tahun lagi dtg la minat ni kut.

 

Pengalaman di cameron hignland
TOLONG JANGAN SENTUH / PICIT SAYA… hahahaa kelakar pun ada..

 

Dalam 15 minit je dalam kedai kaktus ni, dah tengok tengok tak tau nak buat apa lagi kami pun keluar, masuk kereta rehat la sekejap sambil search destinasi seterusnya iaitu Cameron Lavender.

Cameron Lavender Garden

Cameron Lavender Garden ni juga salah satu tempat pilihan atau boleh kata wajib pergi la kalau you all turun ke Cameron Highland ni. Untuk masuk bayaran dikenakan sebanyak Rm10.00 seorang untuk dewasa, anak anak 5 hingga 18 tahun Rm7.00.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Walaupun nampak agak mahal, tapi actually murah jika nak dibandingkan dengan suasana yang terdapat dalam taman ni. Sebelum masuk memang boleh bergambar dulu depan pintu utama tu, cantik. Ramai pelancung asing terutamanya dari negara China.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland
Annur ni seperti biasala, buat tak tak tau je bila nak ambil gambar.

Bila dah masuk, laluannya dalam tu akan bawa kita untuk pusing keliling taman. Pokok pokok lavender dah tentulah menyejukkan mata memandang, ditambah pula kalau makan aiskrim lavender sekali, memang asyik..!

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland
Apalah yang dimarahnya abahnya tu…sampai hidung nak di joloknya.

Puas bergambar dan berjalan, dalam sejam lebih juga, misi untuk keluar pun dah sampai. Budak kecik Annur tu pulak nampak macam dah lemah + mengantuk sebab banyak berjalan dia ni.

Pengalaman di cameron hignland

Nak turun dah tentu laluan yang mereka buat mesti menyelusuri kedai kedai yang berkaitan lavender dan juga kedai cenderamata. Laluan ni agak sesak sikit, maklumlah orang singgah kedai tengok tengok barang yang tak pernah jumpa mau belek belek sampai tak perasan abang hensem nak lalu ni ha..

Pengalaman di cameron hignland

Selepas dapat melepaskan diri dari perangkap kedai kedai tu, kami pun keluar la. Perasaan memang berbaloi la ke taman lavender ni. Kalau kaki selfie dan instafamous, dah tentulah tempat ni menjadi pilihan selain ladang teh. Semuanya disebabkan view view cantik. Nah aku hadiahkan gambar dibawah yang manis buat tatapan semua. heheh

Pengalaman di cameron hignland
Ada pulak nak selit masuk dalam gambar belakang tu.

Selesai berjalan kekereta, rehat sekejap untuk perjalanan nak ke tempat lain, iaitu Time Tunnel. Wife bagitau dekat dalam tu banyak benda benda lama,bolehlah untuk mengimbau kenangan lalu mengusik kalbu,  menarik jugalah untuk ambil gambar buat kenangan.

GPS dah on, teruskan perjalanan, jarak lebih kurang dalam 4km je, tapi jalan pula jam. Maps tunjukkan dalam setengah jam juga nak sampai. Sekali tengok Annur dah tidur dipangkuan ibunya.

Pengalaman di cameron hignland

Setelah mesyuarat, tanpa syak lagi kami tak jadi ke Time Tunnel dan terus ke hotel sebab anak kami dah kepenatan sangat nak bagi dia rehat. Lagipun memang satu laluan je antara Time Tunnel tu dan hotel. Sementara tunggu Annur rehat dan bangun dari tidur, aku pun tertidur.

Ingatkan Annur bangun awal sikit, bolehlah keluar tempat lain untuk jalan jalan, tapi nak dekat pukul 4.30 baru dia bangun, keluar petang sikit la senang. Memandangkan swimming pool depan bilik kami je, bawa je la Annur mandi kolam, dia ni memang pantang dengan air, bukan main suka.

Pengalaman di cameron hignland

 

Pengalaman di cameron hignland

Bolehlah aku turunkan skill berenang katak kat dia ni sikit sikit. Manetau dah besar nanti boleh jadi atlit renang negara ke Sukasn Olimpik. Bolehlah abah kau ni ikut. Selesai semua dah mandi bilas, selesai urusan lain lain bagai, dalam 6.30 nak bergerak pergi pasar malam Brinchang.

Pasar Malam Brinchang

Orang bagitau pasar malam ni ada kat tempat baru, kami pun on gps dan terus kesana. Seperti biasa jalan tak berapa lancar namun ok dan bergerak perlahan. Jarak dari hotel tak jauh dalam 4-5km je, tapi dekat setengah jam sebab google maps guna jalan dalam untuk elak sesak yang lagi lama.

Sampai je memang dah ramai orang, jauh betul mereka ni parking, padahal ada lagi parking dekat atas sana tu. Maybe orang lain tak tau atau memang suka berjalan jauh lagi untuk kesihatan.

Pengalaman di cameron hignland
Gambar tak berapa cantik, tapi inilah parking sebelah atas belakang perumahan tu.

Masuk kawasan pasar memang ramai betul orang, dah nama pun pasar malam kan… panjang pasar ni, macam macam ada jual, strawberry dah tentulah, keledek, sayur, makanan, pakaian semua ada..mari mari.

Kami tak bercadang nak round kasi habis, sebab cuaca semacam nak hujan, risau Annur demam nanti. Kami jalan je separuh, sambil dapatlah Annur paw ibu dia pakaian sehelai, ubi keledek goreng, juga terus beli untuk makan malam kami. Dan terus laju menuju kereta sebab rintik rintik hujan dah mula turun.

Pengalaman di cameron hignland

Pengalaman di cameron hignland

Dua gambar diatas ni kalian dah boleh bayangkan betapa bestnya suasana pasar malam ni. Tapi kalau yang jenis tak boleh sesak sesak ni, bolehlah pergi lepak dekat Old Town White Coffee atau Starbuck, google je nanti sampai.

Terus balik ke hotel, dan kami pun anak beranak makan bersama sambil aku boleh tengok bola JDT vs Selangor. Dalam keadaan kepenatan dicampur dengan kekenyangan, dalam keadaan tak sedar tengok tengok dah masuk hari ketiga kami di bumi Cameron Highland dalam Negeri Pahang Darul Makmur ni. Ikuti sambungan hari ketiga disini >>> Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Ketiga)

 

Baca Juga: Pengalaman Ke Cameron Highland (Hari Pertama)

 

 

 

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bacalah yang ni juga:

Tinggalkan komen ya:

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian