MENARIK DI KEDAI MAKAN HAYYAN HUDA SEREMBAN

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Apa yang menarik di kedai Makan Hayyan Huda Seremban ni?. Bila di tanya apa makanan yang menarik kat Negeri Sembilan ni, memang ramai dah terbayang, terkenang itik, ikan keli, daging salai masak lomak. Takda siapa boleh nafikan memang sodap kalau makan makanan jenis tu kat dalam negeri ni.

Namun apa yang saya nak ceritakan disini ialah sebuah kedai makan yang menarik dari segi konsep dan suasananya. Nama kedai ni ialah Hayyan Huda, terletak di bandar Seremban. 20 minit dari keluar ke Seremban dari Tol Lebuhraya Plus, 15 minit dari keluar dari Temiang Lebuhraya Lekas, 5 minit dari rumah mertua saya.

Mudahkan pencarian anda dengan gunakan teknologi percuma iait Waze ataupun Google Maps. Taip je Hayyan Huda Seremban.

Jika dari Bandar Seremban akan nampak papan tanda Tokong Then Sze seperti dibawah ni. Terus masuk lorong dan terus drive keatas. Nanti nampaklah papan tanda lain kedai makan ni.

 

Kalau dari Lebuhraya Lekas akan nampak pula papan tanda yang dibawah ni. Senang.

Sesiapa nak datang sini dengan keluarga, saya nasihatkan datanglah dalam 11.30, sebab selepas itu memang ramai. Saya dan family dan mertua datang dalam 12.30, memang ada la kena tunggu sekejap untuk dapatkan kerusi dan meja. Tapi takpa, tunggu dan lepas tu perut kenyang.

Buka hari sabtu dan ahad sahaja tau. Tengok operation hours dibawah ni.

Gambar bawah ni diambil dalam jam 2 petang selepas kekenyangan.

Nak masuk kedai ni kena bukak kasut mahupun seliper, memang lantainya bersih dan kemas. Dalam tak berapa panas, pengudaraan yang boleh kata puas hati la. Cukup kipas, air cooler dan mungkin salah satu faktornya sebab atas bukit.

Gambar bawah ni suasana dalam kedai.

Dari segi menu boleh tahan menarik juga, daging salai masak lemak ada, asam pedas daging tetel ada, siakap cili padi ada, ayam kampung goreng dan lain lain pun ada. Boleh dikatakan membuka selera tekak jugakla dikala perut tengah lapar.

Ni la antara yang kami order untuk makan, dengan pinggan macam tu style ala ala kampung, teh tarik dalam kole memang menambat hati. Air pula ada juga la jus buah, tembikai ada, kedondong ada, air barbican pun ada.

Bawah ini pula dessert, anda bolehlah pilih apa yang ada kat situ, kuih ada, kek ada. Cuma dessert ni harganya boleh tahan jugak la..

Dari segi parking bagi saya tiada masalah, sebab luas jugaklah kawasannya, datang jam 1 memang penuh juga tu.

Dekat sini juga ada kemudahan surau untuk pengunjung nak selesaikan ibadah sebelum atau selepas makan.

Tempat dan suasana menarik memang tak cukup agenda kalau tak bergambar depan kedai tersebut. hahaa

Jadi secara keseluruhannya, tempat makan ni memang menarik dan sesuai untuk sesiapa sahaja, keluarga, rakan pejabat dan lain lain. Dari segi harga pula memang ok sangatlah dengan rasa yang sedap dan layanan waiter yang mesra pelanggan.

Resit bawah ni total semua kami makan. kira berbaloi jugaklah makan untuk 6 orang dewasa + 3 orang kanak kanak.

Bagi saya kedai makan ni memang bolehlah dijadikan tempat wajib datang dan cuba bila anda berkunjung ke Seremban. Sehingga blogpost ini ditulis, Sabtu dan Ahad sahaja tau kedai ni buka. Mungkin kehadapan tak tauhulah jika ownernya nak buka hari hari.

Ini sahajalah nak cerita kedai makan Hayyan Hudan di Seremban ni. Marilah kita support makanan dan restoren atau kedai makan tempatan. Sebelum berpisah dibawah ni saya titipkan sekeping gambar kacak buat tatapan pembaca. heheheh..

Baca Juga:APA YANG MENARIK DI “KUKUS” NI

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bacalah yang ni juga:

Tinggalkan komen ya:

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian