Dari TBS Ke RTC Gopeng

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Kalau nak ikutkan ni kali pertama aku nak naik bas express. Maksudnya ni 1st aku beli tiket dan naik bas seorang diri selepas 10 tahun. Yang ni trip aku nak ke Gopeng Perak sebab ada Program kat sana. Kenapa naik bas? sebab isteri aku tak dapat cuti jumaat tu. So,dia pergi sendiri la sabtu tu, aku pula ada urusan lebih awal pada 17/2/1017 jumaat tu.

Khamis tu beli tiket dalam talian, guna easybook.com je. Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Gopeng Rm19.30 je berangkat 3.00 petang. Bayar kena pakai kredit card & paypal, so aku gunala paypal. Semua urusan pembelian tiket ni atas kasih sayang dan dorongan wife aku.

Jumaat pukul 2.00pm dah sampai terpacak depan TBS, selalu lalu depan TBS ni je sebab kerap lalu MRR2 nak ke Ampang dan Selayang. Kali ni masuk dalam sendiri atau dengan bahasa mudahnya tanpa teman. Dalam TBS ni tiba tiba mengimbau kenangan 10-13 tahun lepas masa belajar kat IKM Kuala Lumpur dan UniKL MFI Bangi. Time tu inilah kenderaan utama untuk bergerak jauh selain motosikal RXZ untuk jarak yang tak berapa jauh.

Dengan konfiden jalan masuk dalam terminal sekali tengok dah macam airport pun ada. Booking pass tulis 2.30 dah kena turun bawah ada 20 minit lagi, so naik keatas dulu pusing pusing dan kebetulan perut pun jadi semacam lapar. Memandangkan dalam mood tak makan nasi, aku masuk kedai makan pau 2 biji dan kopi o kosong. Nama kedai tu lupa apa entah, hailam kopitiam atau old town white kopi.

Mengopi & Mengepau dulu sementara tunggu driver sampai 2.30… #2018ideal #bmi #bmihasliayob #therockasiatobe

A post shared by Hasli Ayob (@hasliayob) on

Selesai je menguruskan fitrahnya perut dan diri, 2.25pm turun untuk check in, dengan confident yang tinggi beratur dan tunjuk booking tiket kat guard tu, ahaa…’Encik ni kena tukar guna pass yang ada QR code dulu dekat kaunter hijau sana tu. Owwh begitu ya, terima kasih jawabku. Selesai tukar dan dapat scan code tu turun ke bawah untuk tunggu bas Sri Maju pada gate no 2.

  

Sambil sambil tunggu tu aku pusing pusing area situ tengok sana sini, almaklumlah 1st time gitu, sorang diri pulak tu. hahaa. Komen aku tentang TBS ni memang terbaik la, sebab bersistem yang canggih serta keselesaan tempat menunggu yang berhawa dingin. Tempat nak duduk aku cari yang ada plug sebab bateri tinggal 19%.

   

Lebih kurang pukul 3.00 bas pun sampai. Tunjuk dulu pass taddi tu pada akak yang jaga pintu untuk dia check. Aku pun naiklah bas dan paling best yang lupa nak cerita atas tadi, aku tempah single seat. Memang antara matlamat utama nak tidur atas bas walaupun perjalanan tak sampai 3 jam..! Bermula perjalanan memang dah jadi lumrah seorang yang hidup zaman media sosial ni ialah meng’update’ status dan ber’wasap wasap’an juga ber’instagram’an..!

Bas singgah sebentar bersama sama penumpangnya di Perhentian Sungai Bakap untuk keselesaan penumpang yang tak berapa selesa mengikut pengalaman pemandu bas (sendiri boleh paham). Bersambung perjalanan mata dah jadi layu angkara aktiviti menge’pau’ dan mengopi masa kat TBS tadi. Namun kaffein dari kopi cuba mempertahankan mata dari cubaan untuk lelap.

“Bang dah sampai, aku pun tersedar dari tidur yang lena, berjalan malas menuju pintu bas. Nah.. kuharap tak tidur sampai ke ke Gopeng, rupanya tertidur hingga ke Terminal Amanjaya Ipoh..wahaaa… Dalam keadaan tenang ditambah perut double pack yang lapar ni cari kedai makan dan paling utama plug nak cucuk cas telefon bimbit.

Menjamah mihun goreng telur mata beserta limau kosong suam, tangan menghubungi kawan kawan yang masih ‘otw’ nak ke gopeng tu. Yang paling hampir Rayyan namanya yang lagi setengah jam nak sampai gopeng. Dia on nak ambil aku yang anggaran tolak tambah 45minit boleh ‘pickup’ kt terminal ni.

”Hello  Dato Tansri Dr Ir Hasli, saya dah nak sampai ni, ada jem sikit”. Ok, jawab aku kemudian update status terkini di Facebook milik Mark Zukernberg dimana dia sering dikecam IM Malaysia sebab sering menukar algoritme Fb. Namun tidak bagi aku (aku bukan IM), sebab aku memahami Mark ni, ye laa dah FB ni milik dia, suka hati dia la nak tukar macam mana sekalipun, tu bisnes dia. Kita follow je la sebab Profile FB ni memang free je dia bagi.

Xiaomi Redmi Note 2 aku berbunyi lagi, sahabat tadi call, “saya dah nak sampai ni”, macam biasa ok jawabku, 5 minit berlalu, laa rupanya dia pergi stesen bas Gopeng sana tu yang masa perjalanan nak ke Terminal Amanjaya Ipoh ni hampir 45 minit setelah ditambah jem tanpa roti. Setelah menggunakan penakulan mantik, lebih kurang 1 setengah hingga ke 2 jam nak ambil dan kembali ke RTC Gopeng tu.

Setelah berbincang dengan diri dan talian hayat mesim atm, aku pun bertaya kepada pemandu teksi tambang nak ke RTC Gopeng. Nahh!! RM55 dia nak, hemm.. berdiskus lagi dengan diri, kali ni guna teorem phitagoras serta prinsip bernouli, akupun setuju dengan pemandu teksi tu memandangkan kena sampai RTC pada waktu yang sesuai untuk program yang dah disusun. Aku pun telefon balik kawan tu minta dia tak perlu ambil sebab dia kena uruskan hal homestay untuk kawan kawan lain yang mana perkara itu kena selesaikan sebelum malam menjelma.

Berborak panjang dengan driver teksi ni, dari hal ekonomi dunia hingga politik termasuk juga perkara negara yang tercinta ni. Akhirnya sampai ke RTC Gopeng ni dengan gayanya.  Dan disinilah aku mengikuti program yang aku hadiri ini iaitu Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan 2017 di RTC Gopeng Perak yang berlangsung 17 & 18 Feb 2017. Ape tu program mampan ni? ok buka link ni www.mampan.net dan bacalah ya, semua info ada di situ. Jangan malas membaca ok..!

Dua hari program ni memang banyak manfaat dan ilmu yang aku dan kawan kawan dapat. Yang mana akan aku kongsikan pada artikel yang akan datang ya.

 

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Baca juga:

Tinggalkan komen ya:

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian