Ciri Ciri Menarik Pada Proton X70

Proton X70 baru je beberapa hari lepas dilancarkan. Memang menarik kalau tengok dari segi rekabentuk luarannya. Tengok dari dalaman (tengok gambar) memang merecik juga.

Boleh dikatakan ni memang kenderaan yang berspesifikasi mewah dan berteknologi tinggi yang dikeluarkan oleh Proton dan rakan strategiknya iaitu Geely dari China.

Ramai juga haters yang heboh di media sosial mengatakan “alaah, kereta rebadge just tukar logo bolehlah” . Ciss… tak habis habis nak mengata pasal kereta nasional ni.

Mari sini, abang terangkan serba sedikit, untuk pasaran China, kereta ni dinamakan Geely Boyou, dan disana adalah pemanduan sebelah kiri. Tapi untuk Proton dan pasaran Malaysia, pemanduan sebelah kanan.

Oleh itu untuk menukar pemanduan dari sebelah kiri ke kanan memang memerlukan kerja kerja rekabentuk dan kejuruteraan yang mengambil masa dan komitmen.

Dari segi part juga memang kena buat buat yang lain juga, mould, tool & die dan lain lain lagi. Dari segi kos jangan cakapla, mesti tinggi juga. Dengarnya hampir 500 orang jurutera proton terlibat dalam nak buat ni.

Kalau salah tolong betulkan saya ya. Tukar pemanduan kiri ke kanan bukannya macam kita tukar tempat duduk dari pemandu ke penumpang ya.

Ok lah, kat bawah ni saya tunjukkan antara ciri ciri yang ada pada Proton X70.

>> Proton X70 ini guna enjin 1.8TGDi @ Turbocharged Gasoline Direct Injection berkuasa 182hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,700-4,400rpm.

>>Kotak gear jenis automatik 6-kelajuan, siap dengan mod manual dan boleh pilih hendak beli varian 2WD atau AWD.

>>Semua varian ada LED untuk lampu depan dan belakang KECUALI Standard 2WD ( spec asas) daripada jenis halogen.

>> Bumbung panoramik hanya untuk versi premium. Tapi bagi saya tak perlu pun kat malaysia ni ada bumbung panoramik, sebab faktor cuaca yang boleh katakan panas sepanjang tahun, Tapi xpelah, itu untuk menampakkan kemewahan dan kualiti yang diberikan oleh Proton untuk pembeli

>> Tangki minyak 60 liter.

-Saiz tayar dan rim
-Standard 2WD – 225/65 R17
-Executive 2WD, dan AWD – 225/60 R18
-Premium 2WD – 225/55 R19

 

Jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan- ini memang menarik.

 

>>Advanced Driver Assistance System, iaitu teknologi bantuan untuk pemandu termaju yang menggunakan 9 sensor dan 5 kamera untuk memberikan 7 ciri ciri keselamatan seperti berikut:

-Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
-Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
-Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
-Amaran Lencong (LDW)
-Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
-Sistem Amaran Buka Pintu (DOW)
-Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)

***Ciri ADAS ini cuma ada untuk X70 varian Premium 2WD.

 

Dari segi safety atau keselamatan kereta Proton memang tak perlu dipertikaikan lagi…!

Di bawah  ni pulak saya senaraikan ciri ciri keselamatan dimiliki X70:

-Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan teknologi Bosch 9.1 terkini
-Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
-Sistem Kawalan Traksi (TCS)
-Bantuan Mula Daki (HSA)
-Kawalan Turun Bukit (HDC)
-5 Sensor Kamera
-Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
-Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
-Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
-Amaran Lencong (LDW)
-Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS)
-Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC)
-Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) – Teknologi ini memantau suhu dan tekanan angin tayar
-Kamera 360º dan Sensor Parkir

>>Enjin

Proton X70 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.8L TGDI berkuasa 181hp @ 5500rpm dan tork maksimum 285Nm @ 1,700-4,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan automatik.

Proton X70 ini turut disertakan 3 mod pemanduan: Normal, Eco dan Sport.

Bagi setiap mod pemanduan yang dipilih lampu meter akan berubah warna, iaitu:

Biru untuk Normal,

Hijau (Eco)

Merah (Sport).

Proton X70 dibina berasaskan sistem casis tegap dengan aspek pemanduan dan pengendalian mendapat khidmat talaan Mira, iaitu firma kejuruteraan yang berpangkalan di Britain dengan suspensi multilink di belakang.

Diatas ni antara ringkasan tentang Proton X70, bagi saya ini memang ciri ciri mewah yang ada pada kenderaan continental dan jenama terkenal yang lain. Dari segi harga sangatlah berpatutan jika dibandingkan dengan ciri ciri yang telah proton berikan.

 

Harga? tengok pada jadual dibawah, harga ini sama untuk Sabah dan Sarawak.

Untuk labuan dan Langkawi boleh rujuk dibawah

Untuk lebih maklumat rasmi. boleh rujuk pada website proton ni>> Proton X70

 

 

Twitter
LinkedIn
Facebook
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen ya:

3 thoughts on “Ciri Ciri Menarik Pada Proton X70”

Leave a Comment

Hasli Ayob @ 2024 With Love | Penafian