Bermula Dengan Tragedi Ngeri, Kini Dah Boleh Berenang

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Semuanya bermula pada tahun 2012 lagi. Apa yang bermula tu? Haa tak baca tajuk la tu. aku boleh dikatakan memang zero la tentang berenang atau dalambahasa amerika nya ‘Swim’. Seronok tengok orang berenang dengan pelbagai ‘style’. ada yang laju, ada yang ‘slow motion’ tak kurang juga ada yang bermain ditepian kolam je.

Dengan kawan kawan sebasikalan, kami mahu menambah ilmu tentang sukan dengan sukan air ni. Dan tempat pertama yang kami pergi dekat 3K Swimming Pool Subang Jaya. Kemudahan sini pada masa itu agak ok la biasa biasa je. Dan selepas tu je memang merata kami jelajah, dari 3K ke Pool Seksyen 13 Shah Alam, Swimming Pool Kompleks Sukan Negara Bulit Jalil, Pool DBKL Cheras, Putrajaya, dan lain lain lagi.

Kalau ditanya pada aku mana yang paling best? dah tentulah kt Bukit Jalil tu, sebab? suasana yang menarik, rasa macam atlit negara kalau berenang kat situ,airnya lain macam best, dan lain lain lagi kalau nak rasa ‘feel’nya silalah bertandang kesana. Dalam tahun 2012 tu jugalah kami kerap berenang pada hujung minggu, kalau aku pula selain ramai ramai hujung minggu tu, weekday pun aku berenang sendiri sebab nak buat jugak berenang bagi jadi.

Al maklumlah aku memang zero dan ada pengalaman tragedi ngeri + trauma  hampir nak lemas kat Port Dickson dulu masa kena hempas dengan banana bot. Kaki memang tak jejak tanah masa tu, 1st time tak jejak ok..! Sangatlah serius trauma tu, jika tiada tangan ghaib yang membantu memang boleh jadi berita gempar semalaysia pada 2007 tu. (sehingga harini tak pasti sapa tangan yang tarik aku naik atas bot tu). Memang bagai mimpi ngeri, namun bukan mimpi tidur.

Kalau ditanya kuak apa yang kami buat, untuk permulaan memang kuak dada atau Breaststroke ada juga yang bagitau ni gaya katak, hahaa. tak kesahlah apapun yang penting lebih kurang macam tulah gayanya.Serius..! memang tercungap cungap jugak dan lebih lama berpaut kat tepi je. Lepas tu ok juga tapi tak capai lagi 1km renangan..struggle.!

Tahun 2013 ada planning besar yang kami buat iaitu berenang dekat Pulau Langkawi. Sabtu berbasikal dan ahad berenang. Masa tu aku berkayuh sabtu je dan ahad tak swim pun sebab diri belum bersedia untuk meredah air laut tu. Oleh itu tugas utama ialah mengobarkan semangat kawan kawan yang meredah laut masa tu.hihi..

Hari terus berlalu saban hari, 2014 boleh katakan dah jarang jarang swim, dan awal 2015 agak slow sikit ‘swim’ sebab banyak komitmen lain kena selesaikan. ‘Slow disini bukan tak buat langsung taw..! Penghujung yahun 2015 tu try lagi nak berenang semacam tak boleh, tiada power nak push. Ahaa…apa dah jadi ni? Tanya orang, ramai yang bagi macam macam pendapat.

Tapi yang paling boleh dipercayai katanya, otot badan ni ada memori, kalau dah tak buat lama lama memori akan hilang dan kena ‘start’ balik semula. ‘So’ kesimpulannya bermulalah dari ZERO balik.. kosong kosong (Najwa Latif)

Seruan untuk kembali berenang dah datang, Adrenalin mengalir kencang hampir sahaja memutuskan urat punggung, nasib dapat dikawal dengan hembusan sepoi sepoi angin di Putrajaya. Oktober 2016 kembali ke lapangan kolam. Lokasi pilihan kami di Marina Putrajaya. Syok juga kat sini yang boleh tenangkan fikiran sebelum air berkocak deras kerana adanya tempat berehat sambil mata menghadap tasik dan jambatan yang menawan.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Bermula dengan hanya bermain ditepian kerana dahsyatnya mental yang melawan keinginan. Finally The Rock Is Back!! dapat juga mengembalikan memori rengangan silam yang terbenam dalam pengaruh luar sedar. Dari Marina indoor kami ke ‘pool’ ‘outdoor’ pula yang kali ini cabarannya ialah kedalaman kolam itu sendiri.Kaki tak menjejak lantai itulah perumpamaannya. Sekali lagi teknik bermain ditepian digunakan dengan rasa kagum dan gemuruh.

Bulan berganti bulan, yang dalam telah aku redah, yang cetek aku pun gagah, berapa liter air kolam berperisa klorin entah berapa liter aku telan sudah. Cabaran untuk diri dan disamping support dari sahabat sahabat serenangan, dari dibibir kolam aku bermain, kini kawasan tengah kolam lagi syahdu untuk dijajah. Betul kata pepatah melayu, sikit sikit lama lama jadi bukit, yang terkini pada 1 Mac lepas aku berjaya melepasi sasaran 1.5KM dibawah 1 jam…!! Sila ucapkan tahniah untuk saya..! 🙂

Itulah yang aku dapat buat dengan tiada rasa mengah mengah lagi. Itu semua menggunakan gangnam style..opsss..’Actually’ Breaststroke style.. nak ikutkan aku yang paling lewat nak capai sasaran itu berbanding teman teman yang lain. Namun ‘law’ aku mudah, BIAR SAMPAI ASALKAN JANGAN LAMBAT SANGAT..! done.

Now sehingga penulisan gaya bersahaja ni dibuat, aku dah beralih untuk ke tahap 1 lagi iaitu berenang gaya bebas. Agak mencabar gaya ni sebab laporan sahih mengatakan ‘freestyle’ ni memang lagi laju dari ‘breaststroke’. Tapi yang aku buat breaststroke aku lagi laju dari ‘freestyle’. Hahaa.. Kesimpulan yang dah tak tersimpul lagi ialah, kenalah betulkan teknik dan cara. Google youtube ada jawapannya, dan praktikalnya di kolam renang dan tanya teman teman yang dah power. Praktice buat betul betul, stamina gaya bebas ni lain macam sikit, kena bagi kuat fitness ni.

Sebelum bulan 12 tahun 2017 selepas masihi ni adalah sasaran peribadi aku untuk nak capai 2.5KM gaya bebas dalam 1 jam. Ada sahabat yang dah capai sasaran ni. heheh tak mengapa, berbalik kepada ‘law’ aku kat atas tadi. Kepada yang lain, no reason untuk tidak boleh sebab Malaysia Boleh…! Aku boleh..! yakinkan dalam hati aku boleh..! apa dia?? aku boleh..! ya itulah dia. Setiap insan itu harus menjaga kesihatan dimana ianya tuntutan Ilahi.

Selain dari berenang ni, aku juga menyasarkan untuk dapat berat ideal pada 2018. Semoga doa kalian mengiringi usaha yang aku buat ni. Akhir kata dari penulis malam ni,Usaha Tangga Kejaayaan. Jika tiada tangga silalah naik Escalator.

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Tinggalkan komen ya:

2 thoughts on “Bermula Dengan Tragedi Ngeri, Kini Dah Boleh Berenang”

Leave a Comment

Hasli Ayob @ 2021 With Love | Penafian