Apa Itu SEO?

Apa Itu SEO
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Apa Itu SEO?

SEO atau dalam bahasa inggerisnya Search Engine Optimization adalah salah satu teknik dalam strategi pemasaran dalam talian antara yang terkenal dan berpengaruh dalam dunia pemasaran dalam talian atau online marketing.

Penggunaan teknik dan strategi yang tepat dapat membuatkan produk atau servis anda mudah dicari pada carian google, akan tetapi apabila tak kena pada caraanya memang lambat atau tak terpapar dalam google.

Strategi ini di gunakan untuk membuatkan website anda berada di halaman pertama kesan daripada kata kunci pilihan anda.

Sebagai contoh, jika anda ada bisnes kedai printing di Cheras, dan anda ingin berada di halaman pertama di carian google, saat orang mencari dengan menggunakan keyword ‘kedai printing cheras’ di enjin carian Google, haa, disini anda perlu menggunakan teknik SEO.

Namun masalah yang sering dihadapi kepada mereka yang nak letakkan bisnes di carian google ialah, halaman pertama hasil pencarian sangat terhad. Kurang lebih terdapat 10 tempat. Sedangkan memang ramai yang buat bisnes printing berpangkalan kat Cheras dan nak letakkan carian bisnes mereka kat google .

Apa Itu SEO

Jadi kat sinilah strategi dan teknik yang padu tentang SEO perlu digunakan oleh pemilik produk atau servis bagi menyaingi pesaing pesaing mereka. Untuk mengaplikasikan SEO dan menggunakannya, ada beberapa perkara perlu di ambil kira, antaranya ialah:

1.Pesaing

Seperti yang dinyatakan diatas, semakin banyak pemilik bisnes, semakin kuatlah persaingannya untuk dapat 1st page google. Makin banyak yang cari keyword anda, makin kuatlah persaingan yang anda terima. Jadi disini teknik SEO perlu yang ampuh dan padu bagi menepis saingan pesaing pesaing anda.

2.Website

Website atau laman web adalah elemen yang sangat penting dalam SEO. Pembangunan laman web perlulah responsive atau mobile friendly dan fast loading bagi memudahkan pengguna. Kalau klik je web tapi dekat seminit baru dapat masuk, sapa nak tunggukan? memang klik tutup je la.

3.Strategi

Ramai kat luar sana yang claim mereka pakar SEO, tak kurang juga yang gelar sifu SEO atau pakar SEO dalam Malaysia, jika anda nak guna khidmat mereka untuk rangkingkan website anda tiada masalah, tapi kenalah pastikan apa teknik mereka guna.

Ada antara mereka yang gunakan teknik salah dalam SEO, cara salah ini dinamakan sebagai Black Hat SEO. Ini kalau nak lebih jelas, saya gunakan contoh umum, iaitu menggunakan ilmu hitam atau gunakan cara yang melanggar undang untuk mencapai matlamat. Undang undang sapa? dah tentulah undang undang google. Kalau kena detect dengan google, memang kena kick la website anda dari enjin carian. Nak masuk balik agak susah.

Cara apa yang baik atau tak langgar undang undang? anda perlu menggunakan cara White Hat SEO. Banyak sumber anda boleh belajar tentang SEO ni, contohnya di website MOZ, Neil Patel dan di Malaysia ini juga ada yang pakar tentang SEO ni dan memang diperakui ramai.

SEO tidaklah sangat susah, tapi ianya memerlukan kerajinan dan kajian serta mengambil masa.

Amatlah baik jika anda nak majukan atau letakkan website anda di 1st pae google dengan menggunakan cara yang baik dan selamat. Atau upah saja mereka yang pakar dalam bidang ni. Dah tentu tentu anda tak payah pikir akan hal SEO sebab anda perlu lebih nak kena fikir bisnes anda.

Sekian sahajalah tulisan saya tentang SEO ni, ni hanyalah serba ringkas sahaja, nak lagi terperinci memang tak cukup 2000 patah perkataan. Jika anda nak tau siapa antara pakar SEO di Malaysia ni, silalah tinggalkan komen dibawah, Nanti saya info kepada anda.

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bacalah yang ni juga:

Tinggalkan komen ya:

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian