7 Idea Bisnes Yang Sesuai Sepanjang Tahun

7 Idea Bisnes Yang Sesuai Sepanjang Tahun
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Ini adalah cadangan bisnes yang anda boleh jalankan sepanjang tahun. Ada yang produk fizikal mahupun digital.

Kita terus je kepada idea bisnes tersebut tanpa merapu panjang.

1.Affiliate Marketing

Affiliate marketing ialah sistem pemasaran yang bermaksud seorang affiliate marketer akan mendapat komisen dari setiap penjualan.

Secara mudahnya, ada orang jual produk fizikal atau digital dan dia menawarkan affiliate. Dia siapkan website dan sertakan affiliate link kepada yang berdaftar.

Setiap link affiliate berbeza antara satu sama orang lain untuk mengesan jualan berlaku dari link siapa yang berdaftar.

Ada orang membeli melalui link anda, andalah yang akan dapat komisen. Apa yang menarik anda hanya pasarkan link affiliate sahaja. Selebihnya dari segi jualan, bayaran, produk akan diuruskan oleh penyedia link tu.

Dibawah ni contoh produk digital yang boleh anda daftar sebagai affiliate. Banyak produk digital yang sesuai dengan perkembangan semasa dan support mereka aktif..!

>>Daftar sini: Askar Affiliate

 

 2.Menjual Di Marketplace

 Tahukah anda, setiap hari, website marketplace seperti Shopee dan Lazada menerima beratus ratus ribu kunjungan (traffic) daripada rakyat Malaysia.

Dengan limpahan traffic yang banyak ini membolehkan potensi barang yang dijual ada pembelinya.

Contoh kiraan:

Bayangkan sehari 500 000 pengunjung laman web shopee. 1% daripada tu singgah dikedai yang anda buat di shopee, bermakna 5000 orang dah berkunjung di kedai anda. Daripada 5000 pelawat tu 1% pembeli, sama dengan 50 orang yang membeli.

Purata 1 barang anda jual RM20, 50xRm20 =RM1000 sehari…! Jangan kata RM1000 sehari, RM500 sehari sale pun dah penat nak layan.

Namun strategi dan tip & trick nak berbisnes dalam marketplace ni mesti kena ada ilmu dan gurunya. Barang apa nak jual, macam mana nak dapatkan pembekal dan sebagainya.

Kalau tak memang menerima kunjungan yang kosong je la kedai yang tanpa ada pelawat dan pembeli.

Anda boleh tengok panduan Shopee dan Lazada dibawah ini:

Shopee Klik Sini: >> Panduan Shopee

Lazada Klik Sini: >> Panduan Lazada

 

 3.Bisnes Di Ebay (Internasional) Dapat USD..! $$$

Sama juga seperti diatas iaitu bisnes di shopee @ Lazada, tapi yang ini lebih kepada internasional. Main dengan market luar negara terutama US. Dapat USD tau.

Waktu artikel ini ditulis 1USD bersamaan RM4.30. Jika 100USD = Rm430…! Nampak menarik dan teruja kan?

Tapi bukan senang nak berurus niaga terus dalam ebay kalau asas pun tak tau, serius memang tricky sikit. Mula mula memang renyah, tapi bila dah dapat tau skill dan dengar nasihat guru, memang jadi mudah je.

Bisnes di Ebay memang ambil masa nak dapat hasil, tapi sekali dah dapat memang nak melompat..!

Saya syorkan baca inspirasi dari Sifu Ebay Malaysia ni. Saya sendiri pernah ikuti kelas dia dan juga coaching 1 to 1 dengan dia. Dia mengajar dan dia pun menjual di ebay. Bukan jual kursus atau ebook semata  mata..!

Memang mudah faham dia ajar dan banyak nasihat nasihat yang dia akan bagi.. pandai pujuk, untung dapat niche hot dia akan dedahkan. Heheh

Baca kisah dia disini:>> Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Di Ebay..

 

 4.Bisnes Fotografi

 Tahukah anda fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan? Tanpa modal yang besar dan peralatan canggih pun, sesiapa sahaja termasuk anda boleh memulakannya.

Dengan syarat anda mestilah mengetahui langkah-langkah yang betul bagaimana untuk bermula dari awal sehingga ke tahap mengembangkannya.

Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan.

Dan untuk satu majlis perkahwinan anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500.

Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya, anda masih boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.

Nah Baca Panduan Memulakan Bisnes Fotografi:>> Panduan Bisnes Fotografi

 

 5.Bisnes Aiskrim

 Sebut pasal aiskrim, semua orang suka, memang sedap dimakan petang petang tepi padang sambal tengok anak bermain buaian.

Tahukah anda bisnes aiskrim boleh menjana pendapatan sampingan hingga 4 angka sebulan.

Bukan bisnes aiskrim yang biasa-biasa, tapi ini luar biasa… Inilah salah-satu perniagaan yang…

>Tidak memerlukan modal runcit yang besar,

>Tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,

>Tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Baca artikel penuh tentang bisnes aiskrim disini:>> Bisnes Aiskrim

 

6.Bisnes Homestay

Tahukah anda, ada orang yang dah jadi jutawan dengan bisnes homestay, tapi memang dia dah ada banyak rumahlah.

No 6 ini sesuai untuk mereka yang ada 2-3 biji rumah tapi tak tau macam mana nak buat duit.

Mengurus Homestay ini memang ada banyak juga cabarannya.

Cabaran yang paling besar.. adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.

Paling kurang, dalam sebulan, perlu dapatkan 7 hari tempahan, barulah balik modal dan berbaloi orang kata.

Baca selanjutnya disini:>> Bisnes Homestay

 

 7.Bisnes Penulisan

 Jika anda berbakat dalam penulisan, jangan biarkan bakat itu terbiar, tukarkan ia menjadi income sampingan.

Ramai orang diluar buat duit beratus ratus ringgit sebulan dengan hanya menulis, yang mencecah ribu pun ada.

Tapi bagaimana mereka boleh buat dari tulisan menjadi duit?

Semua itu dengan adanya panduan dan ilmu yang betul.

Teruskan membaca disini:>> Rahsia Mudah Menulis

 

Sekian, mudah mudahan anda yang membaca artikel ini ada sedikit idea untuk memulakan bisnes sendiri secara full time atau pun part time.

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bacalah yang ni juga:

Tinggalkan komen ya:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Hasli Ayob @ 2020 With Love | Penafian