30 Cara Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi

Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram

Aku baru amalkan 8 daripadanya dan berat bolehlah turun dalam 18kg. Tapi kalau akak akak dan abang abang nak apply semua ni pun boleh, kalau larat la. Info ni pun aku dapat dalam internet.

Cara #1

Minum banyak air. Air bukan sahaja cara membuang toksik di dalam badan. Jika anda mempunyai lebih air di dalam badan, anda akan berasa lebih sihat dan cergas. Ianya juga membantu anda berasa kenyang, sekaligus mengurangkan rasa ingin makan anda. Apa yang menarik ialah air tidak mengandungi kalori langsung.

 

Cara #2

Minum segelas air sebelum anda menikmati hidangan anda. Air mengambil ruangan di dalam perut anda, jadi anda akan berasa kenyang walaupun makan sedikit sahaja.

 

Cara #3

Ambil segelas air lagi semasa anda makan. Sekali lagi ini adalah cara untuk anda berasa kenyang. Daripada meminum segelas sekaligus, minum sedikit-sedikit selepas sesuap makanan. Ianya dapat membantu makanan menetap di dasar perut dengan sempurna dan anda akan berasa kenyang dengan lebih cepat.

 

Cara #4

Jauhi minuman bergas/berkarbonat. Minuman ini mengandungi kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi.

 

Cara #5

Banyakkan memakan makanan/buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tomato dan tembikai. Makanan ini mengenyangkan anda tanpa menambah berat badan anda.

 

Cara #6

Banyakkan makan buah-buahan segar daripada meminum jusnya. Jus biasanya ditambah dengan gula, tetapi buah-buahan segar mengandungi gula semula jadi. Buah-buahan juga mengandungi kandungan vitamin  dan fiber yang tinggi yang mana diperlukan oleh tubuh badan anda.

 

Cara #7

Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang telah diproses. Buah-buahan yang telah diproses/dimasukkan ke dalam tin tidak mengandungi kandungan fiber yang tinggi, dan kebanyakannya telah dimaniskan dengan gula tambahan.

 

Cara #8

Banyakkan pengambilan fiber. Badan anda memerlukan jumlah fiber yang tinggi, jadi cuba masukkannya ke dalam diet harian anda. Makan sayuran dan buah-buahan sebanyak mungkin.

 

Cara #9

Makan banyak sayur-sayuran. Sayuran hijau adalah yang terbaik. Masukkan salad ke dalam menu harian anda.

 

Cara #10

Kawal keinginan rasa manis anda. Rasa manis atau gula bermakna kalori tinggi. Anda tidak perlu membuang rasa manis dalam makanan anda sepenuhnya, tetapi sebaiknya makan secara berpatutan. Semakin banyak gula ditambah ke dalam makanan semakin banyak sel-sel lemak ditambah ke dalam badan anda.

 

Cara #11

Makan hanya apabila anda lapar. Ada dalam kalangan kita mempunyai kecenderungan untuk makan setiap kali melihat makanan.

 

Cara #12

Minum teh atau kopi kosong. Teh atau kopi kosong adalah baik untuk anda. Namun, mengambil teh adalah lebih baik dari kopi. Kandungan kafein di dalam kopi tidak bagus kerana ianya adalah alkaloid dan boleh mengganggu fungsi badan lain seperti metabolisme.

 

Cara #13

Jika anda mengambil jumlah kalori melebihi keperluan harian anda, anda hanya perlu tambah sedikit aktiviti fizikal keesokan harinya di dalam rutin harian anda.

 

Cara #14

Jauhi makanan bergoreng. Minyak yang digunakan untuk memasak akan meresap ke dalam makanan dan akan menambah kalori yang tidak diperlukan.

 

Cara #15

Jangan melewatkan/meninggalkan rutin makanan anda. Perkara terburuk anda lakukan semasa diet ialah meninggalkan rutin pemakanan anda. Ianya akan mendatangkan kesan berlawanan daripada apa yang anda mahukan. Anda perlukan makan sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari.

 

Cara #16

Pilih makanan berlainan daripada semua kumpulan makanan setiap hari. Di samping membantu anda mengurangkan berat badan, ianya juga membantu badan anda melawan penyakit kurang zat. Ubah makanan yang anda makan setiap hari supaya anda tidak bosan dengan diet anda.

 

Cara #17

Cuba untuk sarapan dalam masa satu (1) jam selepas anda bangun supaya tubuh anda dapat mengisi tenaga yang diperlukan untuk hari anda. Sarapan adalah waktu makan terpenting untuk hari anda, namun ia tidak bermaksud ianya perlu paling mengenyangkan untuk hari itu.

 

Cara #18

Cuba jalani diet vegetarian. Diet vegetarian adalah menyihatkan, namun kajian menunjukkan bahawa mineral penting daripada daging tidak terdapat dalam diet ini. Jadi jika anda mahu mencuba diet vegetarian, sebaiknya masukkan menu pengambilan daging pada hujung minggu.

 

Cara #19

Pilih daging putih berbanding daging merah. Daging putih, seperti ikan dan burung, adalah lebih menyihatkan daripada daging merah.

 

Cara #20

Roti multigrain yang mengandungi serat tinggi lebih elok daripada roti putih biasa.  Roti multigrain membolehkan anda menambah kandungan fiber dan protein ke dalam makanan.

 

Cara #21

Hadkan pengambilan gula anda. Gunakan pengganti gula untuk memaniskan makanan anda. Mereka hanya berfungsi sebagai pemanis tetapi tidak menggemukkan.

 

Cara #22

Daripada makan tiga (3) kali sehari, cuba makan 5 – 6 kali sehari, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ianya amat digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit.

 

Cara #23

Kurangkan garam. Pengambilan garam yang banyak menyebabkan obesiti.

 

Cara #24

Tukar mentega biasa kepada mentega bebas kolesterol. Rasanya sama tetapi ianya lebih menyihatkan.

 

Cara #25

Rebus sayuran anda. Sayur-sayuran adalah lebih baik dimakan secara mentah. Namun, jika anda tidak suka makan secara mentah, rebus sayuran anda tanpa menambah garam atau perisa tambahan. Ini adalah cara menyihatkan untuk makan kubis, brokoli dan beberapa sayuran lain.

 

Cara #26

Elakkan crash diet iaitu diet ekstrem yang mengurangkan pengambilan nutrien. Ianya tidak bagus untuk kesihatan anda dan berat badan anda mungkin bertambah selepas anda menghentikan crash diet  tersebut. Crash diet bukan satu pilihan yang baik untuk mengurangkan berat badan. Anda mungkin kehilangan berat dengan cepat tetapi selepas anda menghentikan diet tersebut berat badan anda akan bertambah semula.

 

Cara #27

Jadikan amalan mengunyah makanan termasuk cecair dan makanan lembut seperti aiskrim sekurang-kurangnya 8 – 12 kali sebagai satu kebiasaan anda. Ini penting untuk menambah air liur kepada makanan kerana air liur mengandungi enzim pencernaan.

 

Cara #28

Jika anda memilih untuk bersenam, mulakan dengan perlahan dan jangan putus asa jika tidak mencapai sasaran kecergasan anda selepas minggu pertama. Jika anda terlalu memaksa tubuh anda, anda mungkin mengalami kecederaan.

 

Cara #29

Pilih satu (1) hari sebagai hari cuti daripada senaman fizikal anda. Tubuh anda memerlukan satu (1) atau dua (2) hari setiap minggu untuk berehat.

 

Cara #30

Lakukan senaman di luar rumah sekerap mungkin. Ianya memberi peluang kepada badan anda untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari. Ia juga dapat membantu menceriakan hari anda.

 

No 30 tu sangatlah penting. Tak guna kalau diet ketat giler kalau tak exercise..! Selamat Beramal.

 

Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Tinggalkan komen ya:

4 thoughts on “30 Cara Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi”

  1. As salam doktor suggest kurangkan berat badan sebab period tak teratur..
    Bagaimna cara yg betul
    Sy mkn 4 kali sehari
    Malam pun ada mkn nasi..
    Bagaimana cara betul utk diet

    Reply

Leave a Comment

Hasli Ayob @ 2021 With Love | Penafian